Pagi ini saya dengar lagi keluhan yang mengatakan anak tidak mahu direct breastfeed, so terpaksa exclusive pumping walaupun masih di dalam pantang. Bila ditanya mengapa, alasannya kerana bayi mengamuk semasa susu melimpah kedalam mulutnya.
Saya juga mengalami masalah baby mengamuk untuk kedua-dua anak saya semasa di dalam pantang, kerana susu melimpah ruah dan memancut dengan laju.
Apa yang saya buat???
Jika anda mengalami masalah yang sama sebelum bayi menyusu, pam dulu breast yang bengkak supaya susu akan tinggal susu hindmilk dibelakang breast yang tidak memancut2. InsyaAllah bayi akan lebih tenang menyusu.
Pemberian puting kosong mahupun botol susu di awal sebulan selepas kelahiran akan mengundang kepada bayi yang keliru puting. Bayi tidak mahu lagi direct breastfeed bersama ibu kerana telah terbiasa dengan puting botol, Bagaimana cara mengatasinya??? Sila rujuk post saya sebelum ini berkenaan keliru puting dan bagaimana cara mengatasinya.
Bagi ibu-ibu yang bekerja, melatih bayi dengan botol susu adalah semasa 2-3 minggu sebelum masuk berkerja. Semasa itu bayi telah mahir menghisap dengan puting ibu dan tidak ada masalah juga menghisap dari puting botol jika dilatih.
Akhir sekali, ibu-ibu perlulah bersabar dan banyak membaca bahan-bahan berkenaan penyusuan utk menambahkan lagi ilmu penyusuan, menguatkan semangat menyusukan bayi dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan pun.Banyakkan berdoa dan berzikir bagi yang muslim supaya diberi kekuatan untuk meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun...InsyaAllah !
Happy breastfeed mommies ;)
Dapatkan Milk Booster Shaklee dari saya serta Tips Penyusuan Exclusive dari saya ;)
Ur SID
017-2387283
No comments:
Post a Comment