Assalamualaikum w.b.t..
Lewat malam baru sempat nak update blog huhu...Buat masa ni, ini jelah masa yang paling berkualiti utk mengadap lappy ni hehe..Saat anak-anak dan suami dah tidur, otak pun dah lega rumah dah siap-siap kemas utk esok...Alhamdulillah...smile :)
Dua-tiga hari ni banyak juga terima pertanyaan bagaimana nak banyakkan susu semula setelah bayi dicampur dengan susu formula. Pada mereka yang bertanya i dulu sebelum bersalin atau sebaik sahaja melahirkan, rata-rata i akan guide dulu macamana nak teruskan beri anak hanya dengan susu ibu sahaja. Ada yang memang ikut dan berjaya tapi ramai juga yang give up tengah jalan atau kadang-kadang dipermulaan jalan dah mengalah.
Jangan macam tu.Setiap ibu yang melahirkan pasti Allah kurniakan susu. Susu tak cukup dan anak kuat menyusu , itu bukan alasan utama. Dunia penyusuan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Berapa ramai yang sanggup bangun malam buat power pumping atau mengepam susu utk bekalan anak keesokkannya?Berapa ramai yang sanggup bangun malam breastfeed anak yang kadangkala lama dan membuatkan anda sakit pinggang sampai tertidur? Berapa ramai yang sanggup usung pam usung cooler bag kehulur kehilir , masuk office keluar office, pergi site , pergi meeting? i masih buat semua tu sampai sekarang , yang sedang menyusukan anak kedua yang berusia 10bulan.
Menyusukan Aleesya anak pertama i selama 1 tahun 9bulan adalah pengalaman i yang cukup berharga.Dengan berbekalkan bahan bacaan dan guide dari mentor-mentor i redah sorang-sorang. Tak tau nak cakap berapa kali jugak mengalami kemeruduman yg teruk. Airmata tumpah pun hanya Allah yang tahu. Tapi demi anak i sanggup usahakan jugak.Sebab i tahu itu yang terbaik untuk dia InsyaAllah dan i nak yang terbaik utk anak i.
Jangan cepat mengalah. Kita bukan bersendirian. Kita ada Allah. Mohonlah padanya sungguh-sungguh. Dia Maha mendengar. Bagi yang telah terlanjur memberi fm. Mengalah bukan bererti kalah. Bukan bererti tiada jalan keluar. Pergi cari balik kekuatan dulu. Usahakan kembali utk membanyakkan susu ibu. Cari bahan bacaan yang banyak. Join support group penyusuan. Sekarang ni dah overload pun.Baca baca dan baca serta praktikkan InsyaAllah anda akan berjaya malah lebih gembira menyusukan bayi anda.
Go mommies! Don't Give Up!
Got to sleep now. Kita sambung dilain entry ya ;)
Opps jangan lupa makan OSTEMATRIX 4 biji sebelum tidur supaya pagi esok bangun dengan bertenaga dan segar :) dan ibu menyusu wajib amik suplemen kalsium k !
Wallahua'alam
Ur SID
Norly
017-2387283
No comments:
Post a Comment