Wednesday, 8 October 2014

Pengalaman Hamil Dengan Suplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Huh..huh macam-macam aktiviti harini...Full satu hari...Rupanya surirumah lagi busy. Tambah-tambah sambil-sambil jaga anak uruskan bisnes Shaklee gak. Ni kejap lagi baru nak tidur dalam pukul 1 hehe...Teman sejati malam ni haruslah ESP shake bersama Ovaltine kan kan...:)

Ok...malam ni nak cerita tentang pengalaman hamil dengan suplemen Shaklee. Sejujurnya i kenal Shaklee sejak Aleesya umur 5 bulan. So, mengandungkan aleesya tak kenal lagi Shaklee. Masa mengandungkan die saya memang mengalami anemia yang agak teruk. Sampai kene ambik details blood count. Makanlah vitamin iron klinik bagi pun tak jalan, makan makanan tinggi iron pun masih sama. Tapi, alhamdulillah dah nak bersalin naik sikit.

Mengandungkan umar pulak memang fully ambik suplemen Shaklee. Suplemen klinik memang tak ambik. Antara suplemen untuk pregnancy macam ni...


Vita Lea, Vita-C, B Complex dan Ostematrix

Vita-Lea diperkaya dengan iron, i ambil 2biji sehari bersama Vita-C samada selepas breakfast atau lunch. Vita-Lea perlu diambil bersama Vitamin C kerana ia membantu penyerapan iron di dalam Vita-Lea dengan lebih berkesan. Alhamdulillah, mengandungkan umar darah saya normal. Tiada lagi anemia! Macam terkejut jugak.

B Complex pula diperkaya dengan folic asid. Saya ambil 1 biji sehari selepas breakfast atau lunch. Folic Asid adalah keperluan utama ibu-ibu mengandung

Ostematrix pula saya ambil 4 biji sehari sebelum tidur. Ostematrix adalah kalsium yang diperkaya dengan Magnesium dan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Ostematrix sangat penting untuk membantu pembentukan dan perkembangan tulang bayi di dalam rahim. Ia juga untuk membekalkan kalsium yang cukup untuk si ibu. Sila jangan abaikan pengambilan kalsium anda ye ibu-ibu! Kalau dipanjangkan umur tulang kita nak guna untuk macam-macam tanggungjawab kan. So, jaga tulang anda sekarang!

Ini semua perlu diambil dari start trimister pertama hingga trimister ketiga. Masuk trimister kedua saya tambahkan Omega Guard dalam diet saya. 3 biji sehari selepas lunch atau dinner.


Sebab apa??? Omega penting untuk perkembangan minda si manja di dalam kandungan. Mesti nak anak cerdik pandaikan, InsyaAllah.Selain itu, ia juga mengawal berat badan ibu yang sedang mengandung. Maklumlah, bila mengandung badan memang akan naik mendadak. I sendiri mengalami kenaikan yang agak mendadak masa mengandungkan umar. Masuk ke second trimister terus ambik Omega Guard. Alhamdulillah lepas tu normal dan seperti yang dikehendaki hehehe..

Perbezaan paling ketara juga adalah energy. Mengandungkan anak pertama boleh lagi lepak-lepak. Penat sikit rehat, pening sikit baring, rasa tak nak masak mintak je tolong husband beli. tapi mengandungkan anak kedua kita ada banyak tanggungjawab terutamanya anak pertama yang sangat memerlukan perhatian. Takkan nak biarkan anak makan kedai hari-harikan. 

Energy adalah sangat-sangat penting. Tapi, pregnancy kali kedua memang rasa lebih energetic. yang penting suplemen jangan tinggal, makan makanan seimbang dan banyakkan doa supaya segalanya dipermudahkan.

So, come mommies out there. Jom amalkan suplemen Shaklee sepanjang kehamilan anda. Supaya anda juga memperoleh kebaikan dan manfaatnya untuk diri sendiri dan bayi di dalam kandungan

.

Hubungi saya untuk konsultansi, maklumat lanjut dan tempahan

Wallahu'alam

Ur SID
norly
017-2387283

No comments:

Post a Comment