Assalamualaikum w.b.t
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sesedih manapun hatiku, seruntun manapun jiwaku, sebanyak manapun airmataku mengalir lebih sedih, lebih runtun dan lebih banyak airmata mengalir pada mangsa-mangsa banjir yang menghadapi dugaan yang sangat berat, juga lebih runtun hati keluarga mangsa nahas Air Asia Indonesia yang menerima perkhabaran buruk tentang kehilangan ahli keluarga dalam nahas itu..Ya Allah kuatkanlah hati-hati mereka..Ampunkankan dosa-dosa mereka..
Sesukar manapun hidup kita, perlu diingat ada orang lain yang lebih sukar hidupnya dari kita. Ia akan lebih membuatkan kita sentiasa bersyukur dan mengingatiNya dimana terlalu banyak lagi nikmat Allah yang kita kecapi dan wajib disyukuri.
Berlabuhnya tirai tahun 2014. Simpan semua cerita dan kenangan pahit manis rapat-rapat. Yang buruk jadikan tauladan dan yang baik jadikan sempadan. Semoga terbukanya lembaran baru 2015 akan membuka juga jiwa dan hati kita untuk terus bangkit meneruskan kehidupan dan mencari keredhaan Allah dalam apa jua yang kita lakukan.
Ingatlah hidup kita cuma sementara. Jadilah orang yang bijaksana iaitu orang yang menggunakan dunia untuk menebus akhirat. Teruslah sujud pada yang Maha Esa. Jangan takbur, jangan dabik dada.Orang yang tidak mahu sujud pada Allah adalah orang yang bongkak.Lupa bahawa segala apa yang diperoleh didunia ini adalah pinjaman Allah. Semoga kita semua jauh dari golongan seperti ini, InsyaAllah
Selamat tahun baru buat sahabat-sahabatku. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita semua. Amennn..
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment