Tuesday, 27 May 2014

Anak anda KELIRU PUTING????

Anak anda keliru puting???

Apa itu keliru puting?
Keliru puting adalah masalah yang berlaku apabila bayi yang menyusu susu ibu diberikan puting tiruan (getah atau silikon).
Sekiranya bayi diperkenalkan dengan puting tiruan sebelum bayi mahir menyusu badan, ibu mungkin berisiko untuk mengalami penghasilan susu yang efektif dan bayi mungkin akan kecewa dan menyebabkan bayi menolak penyusuan terus dari payudara.

Semasa menyusu, lidah, rahang dan mulut bayi akan bekerjasama menghasilkan rhythm yang sempurna semasa proses menyusu. Kelakuan menyusu yang unik inilah merupakan satu sebab bayi yang menyusu terus dari payudara mempunyai perkembangan oral motor yang lebih baik. Apabila mulut bayi melekap sempurna pada payudara, lidah akan turun kebawah dan membentuk seakan-akan cawan pada payudara. Bibir akan terjuih keluar, dan saat ini letdown reflex akan berlaku hasil dari hisapan yang sempurna.

Ini berlainan dengan bayi yang menyusu melalui puting tiruan. Menyusu melalui botol amat mudah kerana susu akan berkumpul dihujung puting. bayi hanya perlu menyedut untuk mengeluarkan susu, dan anaun susu itu lebih banyak dari amaun susu yang dihisap dari payudara. Dan rahang bayi tidak bekerja semasa proses hisapan melalui puting tiruan. Bayi kana merasa lebih mudah menghisap melalui puting tiruan berbanding melalui payudara.

Dinasihatkan agar melambatkan pengenalan puting tiruan. Mula memperkenalkan puting tiruan (bagi ibu yang bekerja) 2 minggu atau sebulan sebelum mula bekerja. Biarkan bayi betul-betul mahir menghisap melalui payudara sebelum meperkenalkan botol kepada bayi.

Sekiranya masalah keliru puting ini terjadi, ibu-ibu boleh mencuba kaedah di bawah:
1. Betulkan teknik posisi dan lekapan. Clutch position boleh membantu ibu.
2. Kurangkan penggunaan puting tiruan
3. Susukan ketika bayi sedang mamai,ketika terjaga dari tudur. Jangan susukan ketika bayi lapar kerana bayi akan kecewa kerana susu tidak keluar dengan banyak.
4. banyakkan skin-to-skin contact. Jangan biarkan bayi menganggap payudara adalah sesuatu yang mengecewakan.
5. Berikan susu perahan dengan menggunakan cawan, sudu, syringe
6. perah susu sebelum menyusu, ini supaya apabila bayi menghisap, susu terus dikeluarkan (tanpa perlu stimulasi dari hisapan awal)
7. Ibu perlu mendapat sokongan dan dorongan dari orang sekeliling.

Sumber : http://www.breastfeeding.com/all_about/all_about_confusion.html
http://breastfeeding.hypermart.net/avoidingnipple.html

No comments:

Post a Comment