Tuesday, 27 May 2014

Mengapa Susu Ibu adalah yang Terbaik???

Mengapa ramai ibu-ibu memilih untuk menyusukan bayi dengan susu ibu???

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi. 

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga. 

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. 

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya. 

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar. 

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis. 

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda! 


Ur Shaklee Independent Distributor
017-2387283




No comments:

Post a Comment