Sunday, 14 September 2014

Pentingnya Jadual Pumping Yang Konsisten

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t....

Apapun yang kita lakukan jika mahukan hasil yang memberangsangkan haruslah dengan usaha yang konsisten. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Sama juga kesnya dalam dunia penyusuan. Fahami dahulu konsep penyusuan dan apply di dalam aktiviti harian. Semakin banyak susu dikeluarkan/diperlukan semakin banyaklah susu akan dibekalkan lagi. 


Bagaimana nak meningkatkan keperluan supaya lebih banyak???? Bila bersama baby kerap memberi baby susu selagi mana dan selama mana dia perlukan. Dan bila tidak bersama baby seperti pergi bekerja atau baby tidur terlalu lama, lakukan sesi pumping supaya breast tidak membengkak dan menyimpan susu terlalu lama di dalam breast.


Jika , susu terlalu lama dibiarkan di dalam breast ia akan memberi signal ke otak bahawa keperluan susu telah berkurangan dan secara automatik bekalan susu juga akan dikurangkan. Oh, mesti tak nak kan!

Jadual pam yang konsisten adalah amat penting terutama bagi ibu-ibu yang bekerja. Sebaiknya waktu pumping adalah tetap atau lebih kurang sama setiap hari. Contohnya, kalau hari ni waktu mengepam adalah 11 pagi sebaiknya waktu mengepam esok juga adalah 11 pagi ke 12 tengahari dan bukannya 2 petang. 

Dan lagi jika hari ini mengepam 3 kali jangan pula esok hanya mengepam 1-2 kali sahaja. Sebaiknya, pam mengikut jadual yang sama setiap hari. Percayalah, ia akan merangsang kepada pengeluaran susu yang banyak dan sentiasa cukup untuk anak anda.


Jangan biarkan signal di hantar ke otak anda bahawa anda sudah kurang memerlukan susu. Kepada yang sudah terlanjur, anda belum terlambat. Mulakannya sekarang. InsyaAllah susu anda akan kembali meriah. Jangan putus asa, kekal positif dan yakin pada yang Maha Kuasa. Allah yang memberikan rezeki susu itu kepada kita untuk anak kita. Berdoalah dan mintalah padaNya.

Konsep Demand vs Supply perlu difahami. 


Semakin banyak permintaan semakin banyaklah pengeluaran.

Sekian untuk malam ini.

Happy Breastfeed Mommies!

Wallaua'alam





No comments:

Post a Comment