Saturday, 20 September 2014

Positif Membawa Kejayaan

Bismillahirrahmanirrhim

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, selesai melawat rumah mak ayah dekat kampung siang tadi sementara mak ayah menunaikan haji. Tak tidur sanalah sebab tak ramai balik. Kalau mak ayah ada Jumaat malam lagi memang dah sampai dah memasing dengan berbondong-bondong barang sebab nak dapatkan 2 malam kat kampung hehehe..

Rindu mengusik jiwa....

Mak, ayah dan adik i lai

Semoga mak ayah diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam menunaikan ibadah kepada Allah di Tanah Suci Mekah. Serta mendapat haji yang mabrur...Ameenn..

Positif adalah yang terbaik. Fikirkan yang baik-baik dan InsyaAllah yang baik-baiklah akan datang. Allah mengikut setiap sangkaan hambaNya. So, jom terus bersangka baik dengan Allah. Moga Allah lindungi insan yang sangat i sayang Ameen..

Cerita pasal positif. Apapun yang kita nak lakukan perlu positif yang kita boleh lakukan, kita mampu lakukan. Dengan itu cas-cas positif akan datang pada kita.

Sama je samada dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Dalam bisnes atau dalam kerjaya kita. Termasuklah dalam apa jua impian kita. Dari sekecil-kecil impian hingga kebesar-besar impian.

Antara impian i yang terdekat, i akan menyusukan umar dengan susu ibu sahaja sehingga 2 tahun. I yakin i boleh lakukannya. Bila kita yakin seluruh badan kita akan terus berusaha kepada matlamat itu. Allah akan membantu kita jika kita betul-betul bersungguh untuk melakukannya.

Alhamdulillah umar dah nak masuk 11 bulan. Semoga umar terus menyusu dengan susu ibu sehingga 2tahun InsyaAllah. I memang sering tekankan pada setiap customer i, dalam penyusuan positif adalah sangat penting. i tak pernah fikirpun susu akan kering, susu tak cukup, baby tak kenyang. Jika itu yang anda fikir itulah yang anda dapat. So, beware! Anda semua mampu merubah keadaan dengan keyakinan dan usaha yang bersungguh-sungguh!

Teruskan menghadirkan cas-cas positif dalam diri kita, InsyaAllah hidup kita akan lebih ceria dan kejayaan menanti kita dihadapan.


Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment