Tuesday, 9 September 2014

Sekadar Coretan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai melepaskan mak ayah ke rumah angah. Esok kami sekeluarga menyusul berkampung kat rumah angah beberapa jam sebelum hantar mak ayah ke Kelana Jaya untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah menunaikan haji. Doaku sentiasa mengiringi setiap langkah mereka supaya mereka sentiasa diberi kesihatan , kemudahan dan ketenangan dalam menunaikan ibadah di sana nanti Amennn.

Cuma bekalkan mereka dengan Performance Drink dan Omega Guard. Yang lain mak kate tak payah, semua tabung haji dah bagi. Nak bekalkan ESP mak ayah memang tak minum susu tepun. Fikir-punya fikir Ting! The best choice adalah Performance Drink. Sebab selain beri energy sepanjang hari ia juga mengelakkan badan dari terdehidrasi. Tambah-tambah dengan cuaca yang panas memang Performance Drink yang terbaik. Moga-moga ia dapat membantu memudahkan segala urusan serba sedikit InsyaAllah.

Omega Guard, ayah memang suka Omega. Setakat ni die memang tak miss bagitahu kalau Omega dia dah habis.Ayah memang ada darah tinggi sebab tu memang galakkan die ambik Omega ni.Omega jugak mengawal kolesterol dalam badan. Kolesterol yang akan jadi punca kepada pelbagai penyakit termasuk jantung. Nauzubillahiminzalik mintak dijauhkan.

Mata dah agak mengantuk. Siang tadi memang tak rehatlah. Ok layan gambar mak, ayah. adik i amirul dan umar si bam bam posing dengan suplemen atok dan wan nak bawak Mekah :)







Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment