Saturday 10 January 2015

Tips Penyusuan #3 : Susu Merudum Lagi???? Oh Apa nak Buat?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

I berhutang satu post pada sahabat-sahabat facebook i... Sebelum tu jom kita tengok dulu Tips Penyusuan #1 dan #2 yang i kongsikan dalam fb i haritu

[Tips Penyusuan #1]
Walau apapun keadaan perkara penting dalam penyusuan haruslah stimulation.Samaada dari baby atau dengan pumping session.
Milk Booster perkara yg perlu seiring.Jangan pulak nanti ada yang cakap dah makan dah macam-macam milk booster tapi susu tak banyak pun....bila tanya, tak bagi baby menyusu dengan kerap dan jarang-jarang mengepam...Haip! 

Memang sampai kesudah tak keluar.


Dan adalah sangat tak membantu juga kalau ibu rajin mengepam tapi tak makan makanan seimbang dan berkhasiat. Lambat laun badan kekurangan nutrisi dan akan menjejaskan pengeluaran susu.
Konklusinya...Stimulation & Milk Booster perlu seiring!

[Tips Penyusuan #2]
Anak batuk selsema dan tak mahu menyusu???
Panik??? Semestinyalah panik.

Relax...Pam susu mengikut jadual..paling bagus 2 jam sekali...tapi kalau tak sempat buat 3 jam sekali...paling teruk 4 jam sekali...Jangan biarkan breast bengkak susu terlalu lama kerana ia mengundang kepada kemeruduman susu dalam 2-3 hari lagi...Awas!

Utk baby..cuba beri susu perahan menggunakan botol atau apa cara sekalipun...Jangan biarkan baby kekurangan cecair dalam badan kerana ia mengundang bahaya kepada baby.
Ikuti kisah saya dan kemeruduman susu ketika anak sakit dan tidak mahu menyusu beberapa hari dalam Tips seterusnya ......



Ok let me start, umar memang perangai dia kalau selsema sampai hidung tersumbat dia memang tak nak menyusu. Last 3 week dia batuk teruk, batuk kahak, demam panas, memang langsung tak menyusu 2 hari macam tu , cuma air kosong je nak sikit-sikit. Breast bengkak tak usah cakap. 

Apa i buat? Dalam keadaan kelam kabut tu i pam jugak susu kadang-kadang 2 jam sekali, kalau tak sempat sangat 3 jam sekali dan so bad 4 jam sekali, tapi jangan tiru yg tu hehe.Disebebabkan umar sekarang ni memang direct feed 24hour memandangkan i tak keje, so bila tiba-tiba takde stimulation dari baby dalam 2 hari apa yang anda boleh jangkakan? Kemeruduman susu sedikit masa lagi. So true!

Hari ke 4 terpaksa kejarkan umar ke hospital. Sebab die dah lembik dan nafas macam susah. Dia nak minum direct sikit tapi memang akan muntah balik. Dan rupanya memang kahak dah masuk dalam paru-paru dan dah ada jangkitan kuman. Luluh rasa hati. Umar warded selama 5 hari sebab bronkiolitis yang dia alami.

Seperti yang di jangkakan masa kat hospital bila umar pulak dah nak minum sikit-sikit tetapi susu sudah mula merudum. Breast tak bengkak macam selalu. Memang itu yang akan berlaku i dah sedia, sebab:

1. Tak mengepam mengikut jadual, kadang-kadang 2 jam sekali, kadang-kadang 3 jam sekali, kadang-kadang 4 jam sekali dan kadang-kadang tengah malam tak sempat pam bila umar meragam dan kene beri perhatian lebih pada dia
2. Tidak betul-betul mengosongkan breast semasa mengepam susu. memang tak sempat uollsss nak amik masa lama-lama pam susu
3. Stress. Memanglah agak stress kan sebab risau ,susah hati bila anak tak sihat
4. Tidur tak menentu dengan erti kata lain kurang rehat. Bila badan letih macamana nak produce susu dengan baik kan



Tu antara puncanya. Dan apa yang patut dilakukan bila susu merudum. Jangan sedih, jangan meratapi kemeruduman susu tu. Bangkit dan mulakan misi untuk dapatkan susu yang melimpah ruah semula.Bagaimana?

1. Walaupun baby menyusu, teruskan mengepam bila baby tidak menyusu dalam jangka masa yang lama, supaya breast tidak bengkak pada masa yang lama
2. Kosongkan breast sesudah baby menyusu terutama jika baby hanya minum sebelah sahaja atau minum terlalu sedikit
3. Buat power pumping apabila baby tidur. Rujuk post PP sebelum ini k
4. Relax, tak perlu stress. Susu tak keringpun. Susu tu merajuk je, menyorok jap.So, kene usahakan pujuk susu untuk datang balik ;)
5. Sediakan juga ruang untuk diri sendiri untuk berehat. Supaya badan kita fresh dan sihat dan merangsang pengeluaran susu dengan lebih baik
6. Sentiasa berada dalam mood yang positif dan gembira
7. Jaga pemakanan supaya sentiasa seimbang
8. Ambil suplemen untuk melengkapkan nutrisi di dalam badan supaya badan anda kekal sihat dan bertenaga.
9. Doa, doa dan doa jangan lupa kepada yang memberi rezeki susu itu k ;)

Done! InsyaAllah, ini je yang i amalkan setiap kali mengalami kemeruduman. Jangan sedih-sedih ye ibu-ibu. Susuilah anak anda dengan sabar, tenang dan gembira. Oklah sekian tips untuk kali ini. Kita sambung lain tips di lain entri ye!

Ni umar Day 5 kat hospital dan dah boleh discharge. 

Kakak Sya pun 5 hari teman adik kat hospital. Langsung tak nak balik. Thank you kakak!
Moga lepas ni anak-anak ummi sihat-sihat semuanya. I love you till Jannah!