Wednesday 31 December 2014

Bertabahlah Wahai Saudara-saudaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sesedih manapun hatiku, seruntun manapun jiwaku, sebanyak manapun airmataku mengalir lebih sedih, lebih runtun dan lebih banyak airmata mengalir pada mangsa-mangsa banjir yang menghadapi dugaan yang sangat berat, juga lebih runtun hati keluarga mangsa nahas Air Asia Indonesia yang menerima perkhabaran buruk tentang kehilangan ahli keluarga dalam nahas itu..Ya Allah kuatkanlah hati-hati mereka..Ampunkankan dosa-dosa mereka..

Sesukar manapun hidup kita, perlu diingat ada orang lain yang lebih sukar hidupnya dari kita. Ia akan lebih membuatkan kita sentiasa bersyukur dan mengingatiNya dimana terlalu banyak lagi nikmat Allah yang kita kecapi dan wajib disyukuri.

Berlabuhnya tirai tahun 2014. Simpan semua cerita dan kenangan pahit manis rapat-rapat. Yang buruk jadikan tauladan dan yang baik jadikan sempadan. Semoga terbukanya lembaran baru 2015 akan membuka juga jiwa dan hati kita untuk terus bangkit meneruskan kehidupan dan mencari keredhaan Allah dalam apa jua yang kita lakukan.

Ingatlah hidup kita cuma sementara. Jadilah orang yang bijaksana iaitu orang yang menggunakan dunia untuk menebus akhirat. Teruslah sujud pada yang Maha Esa. Jangan takbur, jangan dabik dada.Orang yang tidak mahu sujud pada Allah adalah orang yang bongkak.Lupa bahawa segala apa yang diperoleh didunia ini adalah pinjaman Allah. Semoga kita semua jauh dari golongan seperti ini, InsyaAllah

Selamat tahun baru buat sahabat-sahabatku. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita semua. Amennn..

Wallahu'alam

Wednesday 17 December 2014

Collagen Powder Promo!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul rasanya tak menulis. Busy ape tah tak tau..Tapi nak mengadap lappy ni memang memerlukan masa bersendirian cewahhh! 

Sampaikan promo COLLAGEN POWDER BUY 3 FREE 1 pun i tak announce lagikan
Ha ni lah nak habaq mai...sampai 31hb Disember ni je tau.. Meh cepat sape nak kulit tulus mulus licin gebu...takde masa lain..nilah masanya nak beli sekali 4 kotak...memang meletop terus korang pasni hehehe InsyaAllah..

Cepat sekarang beli..jangan tunggu bulan satu... kot bulan satu korang tanye i memang confirm batang hidung Collagen tak nampak dah...Shaklee nak perabih stok..Bulan satu diorang nak renew lesen...maybe ambik masa lebih kurang 9 bulan ke 1 tahun disebabkan rule government yang baru..so, lama tu nak tunggu COLLAGEN POWDER bermutu tinggi ni ada balik kat pasaran. 

Apa lagi????

Cepat sekarang jugak whatsapp i laju-laju k;)

Sunday 7 December 2014

Jeragat....No More!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Jeragat memang merunsingkan setiap wanita terutamanya yang dah masuk ke usia 30- 40an. Bila terlepa sikit mulalah jeragat naik. Memang tak selesa lah setiap kali tengok cermin..Study punya study..cari punya cari..paling cepat dan sangat memberi kesan adalah COLLAGEN POWDER ni.


Mengapa Collagen Shaklee Best?

Mengikut hasil kajian, dengan penggunaan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu , keputusannya positif, iaitu berlaku peratusan peningkatan kepada kulit dari segi :

90% meningkatkan kelembapan
75% mengurangkan kekasaran & kekeringan
71% meningkatkan dalam penampilan keseluruhan
69% meningkatkan kelembutan dan kelicinan
60% meningkatkan pemakaian kekal mekap
55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
54% meningkatkan ketebalan rambut
50% meningkatkan keserian dan tona kulit serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan


Cuba tengok testimoni pengguna ni...


Jeragat hilang..Kulit lebih anjal, tegang dan licin..Tona kulit menjadi sekata...Best kan?
Collagen memang terbaik.Semakin meningkat usia collagen di dalam badan kita semakin berkurang. So, perlu topup collagen dari pemakanan tambahan.

Selain tu jangan lupa juga teruskan pengambilan suplemen 3 serangkai untuk kulit.. B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. 


Dan lagi pada sesiapa yang ada budget lebih. Sila topup dengan ESP sekali ok! Kesemua ni akan menberikan kesan yang lebih cepat dan sangat baik. Uolllsss mesti teruja!;)


Kesimpulannya, atasi sebelum parah. Masih ada masa untuk anda memanjakan dan memelihara kulit anda supaya anda sentiasa berkeyakinan dan gembira .
Sediakan payung sebelum hujan. Jauhi jeragat sebelum ia menyerang kulit anda. Jom jom pakat pakat beli sekotak sorang...Tak tipu uollss mesti akan repeat order punye..COLLAGEN POWDER Shaklee memang THE BEST! yummyyyhhh

Sekian cerita cantik kita malam ini...
I nak pi basuh masker ESP i hehehe
Gudnite!


Wallahua'alam

Ur SID
017-2387283




December Promotion...Double Promotion!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Seminggu dah berlalunya bulan Disember. I baru nak update PROMO bulan ni  uollsss hehehe... Busy mengalahkan menteri...:p

Ok,
December Promotion!
Double Promo!
Buy 6 Free 1
VITA C PLUS
dan
VITAMIN E



 Wow! Menarikkan...
Suplemen buat mereka-mereka yang mementingkan KECANTIKAN dan KESIHATAN 
Suplemen untuk mereka-mereka yang ingin MEMANJAKAN KULIT...mendapatkan KULIT yang tulus mulus, gebu dan sihat
Terus grab sekali dua ni ok! Baru nampak hasil yang MELETOPPPP dan MANTAPPPP!

Ur SID
017-2387283


Sunday 30 November 2014

No Boundaries!

No Boundaries by Kris Allen


Seconds hours so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever
If you feel you’ve lost your way
What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reason
To fight and never walk away
Coz hear I am still holding on!….
Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe
You’ll make it through the pain
Or through all your aches and pains
Weather the hurricane
To get to that one thing
When you think the road is going nowhere
Just when you’ve almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can
There are no boundaries
There are no boundaries
Stand on the edge
What if today is as good as it gets
Don’t know where’s the future’s heading
Nothings gonna bring me down
I jumped every bridge
I risked being safe but I always arise
I always arise
So here I am still holding on!…
Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe
You’ll make it through the pain
Weather the hurricane
To get to that one thing
When you think the road is going nowhere
Just when you’ve almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can
There are no boundaries
There are no boundaries
You can go higher
You can go deeper
There are no boundaries
Above and beneath you
Break every rule coz
There’s nothing between you
And your dreams
With Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe…..
Yeah ….. There are no boundaries
There are no boundaries
With every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe
You’ll make it through the pain
Weather the hurricane
There are no boundaries
There are no boundaries
There are no boundaries

Tuesday 18 November 2014

Mengapa Saya Masih Setia?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Mengapa i masih setia bersama bisnes pertama dalam hidup i ini..mengapa...dan mengapa?

Pertama tentulah sebab ia bisnes pertama yang hanya bermodalkan rm 65 ringgit tapi pulangannya berbaloi-baloi ...Alhamdulillah...

Bukanlah rezeki boleh datang bergolek-golek ye...Tentulah dengan segala  usaha dan pergantungan pada Allah.

Keduanya, sebab i percaya produk ini adalah sangat baik. Telah banyak membantu ramai orang diluar sana termasuklah i dan seisi keluarga untuk lebih sihat dan ceria InsyaAllah. Juga membantu i dalam perjalanan i menyusukan anak-anak secara eksklusif hanya dengan susu ibu, Syukur Alhamdulillah...



Inilah falsafah SHAKLEE , fokus utamanya adalah memberikan kesihatan yang baik kepada semua golongan. Dan KEISTIMEWAAN SHAKLEE ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM kerana ia adalah suplemen SEMULAJADI.

Seterusnya, bisnes Shaklee banyak bantu i dari segi kewangan. Menambah pendapatan setiap bulan secara luar biasa. Membantu suami , mak ayah serta keluarga. Dalam keadaan dunia sekarang memang kita tak boleh nak bergantung pada gaji semata-mata. Pendek kata Shaklee menjanjikan FINANCIAL FREEDOM pada sesiapa sahaja yang betul-betul KOMITED dan ingin BERJAYA!


Dan yang paling buatkan i sayang pada bisnes ni adalah kerana support group yang sangat membantu dan mentor-mentor yang tidak kenal penat lelah memberi bimbingan. Disamping itu ,pengisian ilmiah termasuk pengisian rohani yang tidak putus-putus. Saling ingat mengingati antara satu sama lain ke arah kebaikan.

Kalau dulu tak pernah buat pun solat Dhuha, tapi Alhamdulillah sekarang baru tahu kelebihan Dhuha dan kepentingannya dalam kehidupan. Kalau dulu boleh kira setahun berapa kali solat tahajud tapi sekarang kami saling ingat mengingati untuk bangun malam bertahajud. Kalau dulu tak terfikir pun untuk sentiasa mengisi masa dengan berzikir tapi Alhamdulillah kini zikirlah penenang hati setiap masa...Syukur ya Allah dipertemukan dengan group Shaklee yang sentiasa membantu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga kita semua terus istiqomah..Amenn.


Dan lagi, anak-anak adalah push factor utama. Kerana anak-anak ku terus setia.Kerana anak-anak ku terus di sini. Walau apa jua rintangan, tohmahan ku tetap teguh untuk menggapai impian  untuk anak-anak-anak dan keluarga.

Kesayangan dan harta paling berharga dunia akhirat

Dan juga, niat untuk terus membantu anak-anak Shaklee dibawah naungan i mendapat kebaikan dan kejayaan di dalam bisnes ini. Seterusnya, membantu mereka-mereka diluar sana untuk terus sihat, ceria dan bertenaga.

Tetapi, tiada kejayaan tanpa usaha. I mencari sesiapa yang betul-betul ingin berjaya dan merubah kehidupan serta sanggup berkorban untuk dilatih mencapai kejayaan hingga ke puncak.



Who NEXT???? Sapa tahu anda adalah bakal JUTAWAN SHAKLEE!

So, come whatsapp/sms segera ;)

ur SID
norly
017-2387283

Wallahua'alam

Sunday 16 November 2014

Jom Syukur

Bismillahirramanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang ibu selain dari dapat menjaga anak-anak dengan tangan sendiri. Dapat masak dan menyuapkan anak-anak setiap kali waktu makan, Dapat memandikan dan menyiapkan mereka sendiri. Dapat menidurkan mereka dengan belaian sendiri. Juga dapat mendidik mereka dengan cara sendiri.Alhamdulillah...

Walau apapun rintangan atau halangan kita pandang dari sudut positif. Apa jua kekurangan yang kita rasa banyak lagi kelebihan dan nikmat Allah yang sedang kita kecapi.

Oleh itu, sabar dan terus bersyukur.InsyaAllah Allah akan tambahkan nikmatNya kepada kita. Jangan pernah putus harapan pada Allah. Allah sebaik-baik penolong.Mohonlah segala resah, gelisah, gundah gulana kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Kesayangan-kesayangan penyejuk hati....
 Minggu ni puas balik kampung. 4 hari kat kampung seronokkkk...

Umar pun happy sebab dah boleh jalan dengan betul...Yeayyy! Ni gambar masa die dalam percubaan makan Omega Guard die sendiri huhuhu.. At last, ummi pecahkan masuk dalam shringe bagi die macam bagi ubat lagi senang hehehe

Ok i out dulu...Nak goreng kuih bom yang i peram tadi buat minum petang dan nak bagi jiran pulangkan pinggan die...

ok . Bye!

Wallahua'alam


Monday 10 November 2014

Tips dan Cara Mengatasi Susu Tersumbat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Nak mengambil mood untuk menulis semula entry dah ku terdelete bukannya senang ok hehehe...demi nak share juga dengan korang-korang i type jugak balik ;) because sharing is caring...:)

Bulan ni je 2x i kene susu tersumbat ni. Puncanya, umar selsema, ada sekali die tak nak minum direct langsung, dan sekali lagi tu die minum sikit-sikit lepas tu tinggal. i plak kadang-kadang tak sempat nak pam lebihan susu lepas die menyusu. Akibatnya, bengkak dari siang sampai 1.30pagi baru ok. 

Menurut Baby Center...

''Duktus tersumbat (atau radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak diperah dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur disebabkan penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan , tisu menjadi merah, panas dan sakit"



Oleh itu, awas ye ibu-ibu ,kosongkan breast selepas bayi menyusu . Jangan biarkan breast membengkak terlalu lama. Selain mengundang kepada kemeruduman susu, anda mungkin akan mengalami Duktus Susu ini.

Ok, apa yang i buat...Bagi umar minum pada belah yang sakit lebih kerap. Tapi disebabkan hidung die tersumbat die minum kejap-kejap je.Bila masih tak berhasil, i tuam dengan air panas, lepas tu massage. Buat berulang-ulang kali. Kemudian perah perlahan-lahan menggunakan tangan. Sila jangan guna pam ye. Memang tak berhasillah dalam keadaan macam ni. Madela i pun tak membantu di kala ini hehehe...

Hampir 1.30npagi baru breast lembut. Bengkak dan biji-biji tu hilang dan pengaliran susu keluar seperti biasa. Huh lega...kalau tak rasa mcm tidur ada batu atas dada hehehe...

Tapi, paling cepat dan mujarab ialah bila baby sendiri yang hisap pada breast yang bengak dengan bersungguh-sungguh sehingga breast kosong.Tak percaya, cubaleh :)

Ibu-ibu semasa dalam pantang biasa alami duktus susu ni. Ia berlaku jika susu sedang melimpah ruah, baby belum minum sebegitu banyak dan ibu tak pam susu keluar sehingga breast kosong. Mesti tak nak kan. Sakitnya Allah je yang tahu, boleh buat demam tau. 

Selain tu, ia jugak disebabkan oleh pelekapan baby yang tidak betul. Perlu pelekapan yang betul macam gambar kat bawah ni k. Bibir atas dan bibir bawah keluar. Bayi mesti dierengkan ke arah ibu. Mulut bayi mesti memenuhi aroela ibu.



So sekarang dah tau ape nak buat kan. Relax...tarik nafas dan atasinya dengan tenang ok ;)

I juga telan Omega Guard 3 biji masa susu tersumbat ni.

Sebabnya Omega Guard melegakan keradangan yang sedang berlaku.

Dan korang boleh ambil jugak Lechitin. Tapi, masa ni Lecithin i tak dak.


Lecithin dapat menguraikan susu tersumbat pada saliran halus payudara.

InsyaAllah nak seribu daya...Yang penting jangan putus asa sebelum berusaha. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Pasti anda akan berjaya dalam perjalanan penyusuan anda, Ameenn...

Untuk tempahan 2 produk ni sila roger i ye.. I bagi konsultansi penyusuan free lagi hehehe

Ur SID
Norly
017-2387283

Wallahua'alam

Oh No...Terdelete Post!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

I sangatlah meminta maaf banyak-banyak kerana post berkenaan Cara Mengatasi Susu Tersumbat i terdelete...so bad...nak delete post draft sebenarnya tapi laju je pi delete post tu...aduh...

Takpe, nanti i tulis lain post tu k ;)

Jumpa di entry bary ;)


Wallahu'alam

Sunday 9 November 2014

Hadiah Untuk Tulang dan Sendi Anda

Bismillahirramanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sakit sendi terutama sakit lutut, sakit pinggang selalu kita dengar terutamanya dari mereka yang berumur 40 ke atas. Tetapi, mereka yang berumur bawah 40 tahun juga tak terlepas daripada gejala ini. 

Sakit sendi atau lebih dikenali sebagai Osteoarthritis merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula adalah bahagian badan dimana dua tulang bertemu

Bagaimana ia boleh berlaku?

Ia berkalu apabila tulang rawan yang membentuk sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak., sakit dan kebas serta menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif.

Keradangan ini pula berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ia boleh jerjadi jika tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan

Sendi yang selalu berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita

Shaklee menyedia dan menghadiahkan Suplemen untuk kesihatan SENDI dan TULANG anda.

1. Untuk Mengekalkan tulang rawan yang sihat

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga (3) cara:
(i) Menyokong keselesaan sendi
(ii) Memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) Meningkatkan kesan kusyen


2. Mengurangkan Inflamasi

OMEGA GUARD adalah Omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Oleh itu, ia boleh mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi.

Omega juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih selesa. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.



3. Mengekalkan sel tulang yang sihat

OSTEMATRIX adalah Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Pengambilan kalsium yang cukup bukan sahaja menguatkan tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.



InsyaAllah hasilnya adalah TULANG dan SENDI yang SIHAT!
Hadiahkan bukan sahaja untuk diri anda tetapi juga kepada Ibu, Ayah tersayang ;)





****NOVEMBER PROMOTION
OMEGA GUARD BUY 6 FREE 1
OR
BUY 2 LESS 5%
GRAB NOW!!!!

Ur SID
017-2387283




Wednesday 5 November 2014

Tips Mengatasi Anak Kerap Selsema dan Batuk

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Yezzaaa...November ni Promo memang Meletoppp...
OMEGA GUARD yeahhhh!!!
Dah tentu BELI 6 PERCUMA SATU!
Ada lagi satu option, BELI 2 DISKAUN 5%!
Menarikkannn...





So, hari ni nak share pengalaman ibu-ibu dengan Omega Guard ni

''sebelum ni anak saya 3 minggu sekali mesti selsema dan batuk. dah berapa orang pakar dah saya jumpa dan macam-macam doktor suruh pantang...lepas saya amalkan bagi dia Omega Guard, makan aiskrim pun takda masalah. kalau dulu ada 2-3 sayur je boleh makan, ayam pun tak boleh makan. sekarang sume die boleh makan :) Alhamdulillah''

"anak susah dapat selsema sekarang. kalau kene batuk berkahak seminggu dah clear. setahun lebih dengan Omega Guard anak baru 2x kene selsema dan makan ubat baru sekali , Alhamdulillah''

Tapi bagaimana Omega membantu anak anda?

1.Omega 3 mampu melegakan keradangan disaluran pernafasan yang menyebabkan selsema dan batuk

2. Omega 3 juga melancarkan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak

3. Omega 3 juga mampu melancarkan peredaran darah dan penghasilan agen anti keradangan bagi meningkatkan imunisasi tubuh


Bestkan :) So, apa kata cari alternatif lain dulu selain ubat. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom berikan yang terbaik untuk Si Manja!


Wallahua'lam

Ur SID
norly
017-2387283

Monday 27 October 2014

Fahami Situasi Bayi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Situasi ni i baru rasa.Dulu masa Aleesya pun tak pernah alami macam ni. Kesnya, umar selsema dan dia  tak minum susu secara direct 1 1/2 hari.Sebelum ni pernah gak hidung die block dengan hingus tapi elok je minum. Tak tau kali ni kenapa. Siang tadi je die baru minum direct 2x. Sekali tadi i pam bagi pakai botol straw dia. Botol susu die pun die reject. Siap nangis-nangis bila bagi.

Sekuat manapun, kita mesti runsing dan sedih kan. Gigih bangun pukul 2 pagi pastu 5 pagi pam susu masuk dlm botol straw die. Yang tu dia minumlah elok. Breast tak payah cakaplah. Sampai tersumbat dah. Yelah tak pernah pun dia tak minum direct selama tu. 

Alhamdulillah at last, dia nak dah minum direct. Maybe betullah dia tak selesa dengan hidung die yang tersumbat tu. So, kita yang kene kuat. Jangan cepat fikir negatif. Fikir anak dah tak nak menyusu direct, fikir susu tak sedap ke, susu sikit anak tak suka ke. Give up dan terus bagi fm. Susu badan pun kering terus. Pastu cakaplah susu dah takde. Dah tak bagi pastu cepat sangat mengalah mana susu tak merajuk. InsyaAllah selagi anak menyusu dan kita pun rajin pam susu akan sentiasa ada dan melimpah ruah.

Cari punca kenapa die tak nak menyusu dan cari jalan penyelesaiannya. Bila i dah tau puncanya sebab hidung dia tersumbat, so cari alternatif lain untuk bagi selsema dia baik cepat. Selain ubat makan, ubat titik i buat gak cara tradisional yang ku baca dalam en google gak.

Camni, bakar skit bawang putih, pastu ketuk2 sampai keluar minyak dia, then perah lemon dan letak minyak zaitun. Gaul sekali dan sapu pada tapak kaki serta pakaikan stokin. Kalau takut baby alergik pakaikan dulu stokin nipis lepas tu satu lagi stokin lumurkan dengan campuran tadi dan kemudian pakaikan stokin itu. Ia sangat baik untuk bayi yang selsema , batuk atau demam. Bawang putih bertindak seperti antibiotik semulajadi kepada badan kita.

Alhamdulillah, selsema dia memang keluar lepas tu lama-lama terus kering, syukur...umar dah kembali minum seperti biasa. Kesimpulannya, jangan cepat sangat buat kesimpulan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Berusaha dan berdoa supaya usaha dan niat murni kita dipermudahkanNya..Ameenn..

Jom layan gambar kesayangan-kesayangan i ni...huhu


Teng teng ni tak taulah bila nak berpisah dengan dia huhu


Tapi kalau dia tengah main tu cuba gak sorokkan teng teng tu bagi dia lupa


Terlopong tengok cite feveret mereka 

Oklah out dulu. Jangan lupa ya...Masih berbaki 4 HARI lagi PROMO ESP BUY 6 FREE 1 dan PROMO MEAL SHAKES BUY 3 FREE 1 !

Jom GRAB sebelum terlambat!!!

Ur SID
017-2387283


Wallahua'alam

Thursday 16 October 2014

Help Baby!Support Breastfeeding!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t....

Waktu sekarang 11.06 malam...Banyak betul kekangan nak bersiaran sekarang...Rindu u nak update blog huhu...Sebelum ku gagahkan diri untuk bukak lappy ni...bancuh jap 

1 sudu ESP + 1 sudu susu Anlene + 1 sudu Ovaltine

Bancuh dengan air sejukkkkk...Kemudian shake...shake...and shake...Memang meleTOPPP!

Peneman setia malam ni...my lovely energy booster...my beloved milk booster :)


Ok stop melalut...Back to the topic harini..Sokongan orang sekeliling amat-amatlah penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Orang yang paling rapat mestilah suami kan..suami yang sangat perlu memahami situasi isteri yang menyusukan anakmereka. Antaranya:

1. Beri sokongan dari segi kata-kata semangat dan perangsang yang isteri mampu melakukannya
2. Sama-sama menyediakan dan mencari kelengkapan penyusuan seperti breast pump, nursing pad, cooler bag, nursing bra , nursing cover dll
3. Dengar aduan, keluhan atau kegembiraan isteri
4. Sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan terutamanya ketika isteri mengalami kemeruduman susu
5. Sama-sama mempelajari dan membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan penyusuan dan susu ibu
6. Sentiasa memahami situasi isteri yang ingin menyusukan walau dimana pun berada terutama di tempat awam

Ermm...macam-macam lagilah yang tu antaranyalah...Suami i adalah sangat memahami Alhamdulillah (beranilah taknak memahami hehehe)...Sabar je dengar i membebel kalau susu merudum huhuhu...

Selain suami, ibu, ayah, ibu mertua, bapak mertua  juga adalah tunggak sokongan utama. Alhamdulillah i juga memiliki  ibu bapa dan mertua yang sangat memahami...ibu i pun bekas nurse wad bersalin, so, memang dari start baby lahir die yang tolong tunjuk ajar dan sentiasa beri nasihat dan semangat supaya terus menyusukan baby secara exclusive. Kata-kata dia tak pernah negetif. Sape cakap susu takde lepas bersalin depan die...Haip! siaplah....

Ibu mertua i pun seorang yang memahami. Dia yang jaga aleesya dan umar dari lepas pantang masa i pergi kerja. So, dari dia tak pernah handle EBM sampailah dah expert hehehe...Seorang yang sentiasa terbuka tentang apa je yang kita ajar die tentang cara nak mengendalikan EBM. Dan kalau dia tak faham dia akan terus tanya. Alhamdulillah...

Dan adik-adik i juga adalah fully support on breastfeeding. Tak kira perempuan ke lelaki ke.Berkat dari i menyusukan aleesya secara penuh adik kembar i dua-dua pun menyusukan anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya. Si Adelia dah nak masuk 2 tahun dan Amna dah  1 tahun . Masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya Alhamdulillah...

Kepada mereka-mereka diluar sana. Terus memberi sokongan kepada isteri, kakak, adik atau rakan-rakan anda yang ingin menyusukan anak secara eksklusif. Jangan sesekali patahkan semangat mereka. Sebab tanpa keyakinan kejayaan tak akan datang. Bantu mereka supaya mereka rasa dihargai dan usaha mereka sentiasa mendapat sokongan orang sekeliling mereka terutamanya keluarga. 

Susu ibu adalah susu terbaik untuk anak anda. Jangan lepaskan peluang ini dan tunaikan hak mereka, InsyaAllah!

Setakat ini dulu buat kali ini.

Help Babies! Support Breastfeeding!

Wallahu'alam

Sunday 12 October 2014

Selamat Malam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t..

Ingatkan nak tulis entry ni sambil mengepam susu umar. Esok i banyak urusan so nak tinggalkan die umah mil jap. Susu beku memang banyak je.Tapi saje nak bagi susu baru sebotol.

Umar dah mengempeng dari tadi, pam-pam tak berapa berhasil huhu...
Alamatnye bangun pagi sok jelah pam.

Tapi, sebelum tidur nak shake dulu ESP + Susu Anlene i
Supaya pagi sok banyaklah hasilnya

Oklah, kene out sekarang. Dah pukul 12 malam.
Aleesya dah bising ajak tidur. Selagi i tak tidur die memang tak tidur.

Ok. Jumpa dilain entry.

Wallahua'alam

Wednesday 8 October 2014

Pengalaman Hamil Dengan Suplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Huh..huh macam-macam aktiviti harini...Full satu hari...Rupanya surirumah lagi busy. Tambah-tambah sambil-sambil jaga anak uruskan bisnes Shaklee gak. Ni kejap lagi baru nak tidur dalam pukul 1 hehe...Teman sejati malam ni haruslah ESP shake bersama Ovaltine kan kan...:)

Ok...malam ni nak cerita tentang pengalaman hamil dengan suplemen Shaklee. Sejujurnya i kenal Shaklee sejak Aleesya umur 5 bulan. So, mengandungkan aleesya tak kenal lagi Shaklee. Masa mengandungkan die saya memang mengalami anemia yang agak teruk. Sampai kene ambik details blood count. Makanlah vitamin iron klinik bagi pun tak jalan, makan makanan tinggi iron pun masih sama. Tapi, alhamdulillah dah nak bersalin naik sikit.

Mengandungkan umar pulak memang fully ambik suplemen Shaklee. Suplemen klinik memang tak ambik. Antara suplemen untuk pregnancy macam ni...


Vita Lea, Vita-C, B Complex dan Ostematrix

Vita-Lea diperkaya dengan iron, i ambil 2biji sehari bersama Vita-C samada selepas breakfast atau lunch. Vita-Lea perlu diambil bersama Vitamin C kerana ia membantu penyerapan iron di dalam Vita-Lea dengan lebih berkesan. Alhamdulillah, mengandungkan umar darah saya normal. Tiada lagi anemia! Macam terkejut jugak.

B Complex pula diperkaya dengan folic asid. Saya ambil 1 biji sehari selepas breakfast atau lunch. Folic Asid adalah keperluan utama ibu-ibu mengandung

Ostematrix pula saya ambil 4 biji sehari sebelum tidur. Ostematrix adalah kalsium yang diperkaya dengan Magnesium dan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Ostematrix sangat penting untuk membantu pembentukan dan perkembangan tulang bayi di dalam rahim. Ia juga untuk membekalkan kalsium yang cukup untuk si ibu. Sila jangan abaikan pengambilan kalsium anda ye ibu-ibu! Kalau dipanjangkan umur tulang kita nak guna untuk macam-macam tanggungjawab kan. So, jaga tulang anda sekarang!

Ini semua perlu diambil dari start trimister pertama hingga trimister ketiga. Masuk trimister kedua saya tambahkan Omega Guard dalam diet saya. 3 biji sehari selepas lunch atau dinner.


Sebab apa??? Omega penting untuk perkembangan minda si manja di dalam kandungan. Mesti nak anak cerdik pandaikan, InsyaAllah.Selain itu, ia juga mengawal berat badan ibu yang sedang mengandung. Maklumlah, bila mengandung badan memang akan naik mendadak. I sendiri mengalami kenaikan yang agak mendadak masa mengandungkan umar. Masuk ke second trimister terus ambik Omega Guard. Alhamdulillah lepas tu normal dan seperti yang dikehendaki hehehe..

Perbezaan paling ketara juga adalah energy. Mengandungkan anak pertama boleh lagi lepak-lepak. Penat sikit rehat, pening sikit baring, rasa tak nak masak mintak je tolong husband beli. tapi mengandungkan anak kedua kita ada banyak tanggungjawab terutamanya anak pertama yang sangat memerlukan perhatian. Takkan nak biarkan anak makan kedai hari-harikan. 

Energy adalah sangat-sangat penting. Tapi, pregnancy kali kedua memang rasa lebih energetic. yang penting suplemen jangan tinggal, makan makanan seimbang dan banyakkan doa supaya segalanya dipermudahkan.

So, come mommies out there. Jom amalkan suplemen Shaklee sepanjang kehamilan anda. Supaya anda juga memperoleh kebaikan dan manfaatnya untuk diri sendiri dan bayi di dalam kandungan

.

Hubungi saya untuk konsultansi, maklumat lanjut dan tempahan

Wallahu'alam

Ur SID
norly
017-2387283

Monday 6 October 2014

Meningkatkan Susu Ibu Yang Merudum

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat Hari Raya Aidiladha! Satu-satu nya hari raya kami semua tanpa mak ayah sebab mereka masih berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah haji. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah, Ameen.

Berbalik kepada tajuk entry harini, lately ni, exspecially sejak duduk rumah, jadual pam memang kelaut sikit sebab umar menyusu direct dan busy urusan anak-anak dan urusan rumah. Dan apa yang i perasan kadang-kadang susu sedikit merudum. Kalau pam dapat dalam 5oz je. Berbanding dulu masa still keje dan jadual pam sangat konsisten, sekali pam boleh dapat 6-10 oz atau kadang-kadang 15oz sekali. Tapi , tetap syukurr....Berapa banyak pun semua dari Allah...

Walaubagaimanapun, susu tak boleh dibiarkan terus merudum, perlu kan usaha untuk tingkatkan semula jumlah susu. Baby nak membesar perlukan susu yang cukup supaya tumbesarannya.Bagaimana caranya???


  • atur semula jadual pumping
  • perlu konsisten melakukan power pumping sehari sekali
  • jangan skip waktu makan dan makan makanan seimbang
  • jangan skip pengambilan suplemen. Antara suplemen menyusu yang i amalkan adalah VITA-LEA, B COMPLEX, VITAMIN C, ALFALFA, OSTEMATRIX DAN ESP! Kesemuanya memberi anda tenaga dan melengkapkan nutrisi di dalam badan kita supaya sentiasa sihat. Apabila badan sihat kita akan sentiasa ceria. Dan apabila kita ceria ia merangsang kepada hormon prolaktin yang akan menghasilkan susu dengan lebih banyak.
  • minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • jika baby minum sebelah, kalau boleh pam sebelah lagi supaya kedua-dua breast akan kosong supaya mudah susu baru akan di topup.
  • fikir yang baik-baik dan jangan cepat mengalah. Fikir susu ada dan banyak susu akan ada dan banyak, fikir susu sikit dan kering susu akan sikit dan kering. So, beware of your mind!
  • positif dan doa,doa,doa supaya dimudahkan perjalanan menyusukan anak tersayang ;)

Itu antara tips yang i amalkan untuk terus ingin mengekalkan susu yang banyak untuk si comel. Alhamdulillah Aleesya stop breastfeed pada umur 1 tahun 9 bulan, itupun atas sebab i pregnant. umar sekarang dah 11 bulan, ada lebih kurang setahun lagi untuk menyempurnakan penyusuannya... Chaiyokkk! Moga Allah mudahkan perjalanan penyusuan untuk umar Ameen...

Ok  sekian tips untuk malam ini. Layan gambar cinta-cinta hati masa bawak diorang naik train minggu lepas. They were soo happy! :)

 Kakak excited sangat first time naik train

 Peace! 

Umar mula takut-takut lama-lama dia yang paling lasak


Wallahu'alam

Ur SID
Norly
017-2387283

***** OCTOBER PROMOTION
ESP BUY 6 FREE 1
MEAL SHAKES BUY 3 FREE 1

Friday 3 October 2014

Resepi ESP Version ku :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t..

Mentang-mentang promo ESP bulan ni kan. So, sila tengok post ESP sampai muntah bulan ni k hehehe

I memang penggemar ESP tegar...Tapi, setakat ni tak sempatlah nak wat macam-macam resepi yang di cadangkan tu. Memang suka yang simple-simple je dan senang asal ESP haha...

Yang i sangat suka sekaranglah kan..

1 sudu ESP + 1 sudu susu anlene + 1 sudu Ovaltine/Vico

Like this!


Kalau pagi suka buat ngan air suam. Tapi kalau petang suka minum sejuk-sejuk. So , letak air sejuk..shake..shake..and shake...jadilah gini...


Dah siap boleh minum slurpppp...memang terbaikkk...sejak-sejak duk rumah ni lagi penat rasa..umar plak asyik mengempeng..so, energy booster sangatlah perlu...

Antara resepi lain yang i suka jugak adalah...

1 sudu ESP + 2 sudu sunquick 

Like this!

Ini memang confirm sedap minum petang-petang...segar dan bertenaga! Korang mesti suka punyalah...

Setakat ni Alhamdulillah susu umar memang meriah. I pun memang bekalkan susu tuk anak-anak buah gak bila weekend, alhamdulillah...so, sementara duk rumah ni, i pam susu tuk diorang lah. nanti weekend adik-adik i datang amik kat rumah, syukur..rezeki dapat dikongsi bersama...

Oklah, out dulu, perlu packing utk balik raya haji sementara umar zzzzz....

Kita sambung resepi ESP di lain entry ye..babai ;)

Wallahua'alam

Wednesday 1 October 2014

ESP Promo Lagi!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t..

Mood yang sangat happy hari ni...weee...Alhamdulillah..Paling happy mestilah sebab ESP Promo Buy 6 Free 1 bulan October ni!

Sape tak grab promotion bulan Oktober ni memang rugi wooo...Setahun hanya sekali hehehe

ESP ni memang kesayangan i dari dulu lagi ..Sejak 3 tahun lepas..
Sebab? ni utk diri i yang i rasalah ye...

  • rasa energetic lepas minum ESP. kalau dulu kat office selalu mengantuk tapi kalau ambik pagi-pagi memang tak rasa ngantuk dan badan rasa bertenaga. pendek kata ESP ni Energy Booster i tau ;)
  • satu lagi, i memang cepat lapar sebab i breastfeed baby. kat opis pun mengepam 3x sehari.so nak elakkan dari cepat sangat lapar amik esp secawan memang confirm rasa kenyang memang lama.tapi, kalau yang rasa nak diet cuba minum esp dalam pukul 10-11 pagi ke so lunch memang tak kan amik lunch yang berat or banyak. dan kalau tak nak amik dinner yang heavy atau banyak, minum ESP waktu petang, InsyaAllah ...tak caya? cuba try hehe
  • sebabkan i breastfeed baby dah tentu i ambik ESP untuk boost up susu kan. memang Alhamdulillah susu meriah exspecially lepas minum ESP . yang paling best pekat . korang boleh nampak beza bila pam susu tanpa minum ESP dan selepas minum ESP. Lebih creamy dan berlemak-lemak dari biasa.
  • dan antara yang paling i suka jugak ESP memperbaiki kulit i. Kulit lebih nampak segar dan flawless. adik i ambik ESP gak, kawan-kawan office ramai tegur kulit muka die makin glowing dan berseri-seri..mesti part tu yang sume orang sukakan exspecially perempuan hehe
ok habis serba sedikit apa yang i rasa selama consume ESP. ESP adalah sumber protein dgn asid amino yang antaranya memperbaiki sel-sel yang rosak dengan sel-sel baru. sesuai diminum untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan .

So, sape nak ESP sila angkat tangan!
Boleh terus contact i ok!
Ur SID
Norly
017-2387283

Wallahua'alam



Tuesday 30 September 2014

Hadapi Dengan Senyuman

Bismillahirrahmanirrahim...

Hadapi Dengan Senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi....
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua...Kan baik baik saja

Bila Ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

by: Dewa 19

Sunday 28 September 2014

Konsisten Dalam Dunia Penyusuan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t...

Sejak mula menyusukan Aleesya, sejak itu juga mula bisnes Shaklee, sejak tu jugak i belajar konsisten adalah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Nak hasil yang konsisten usaha pun perlu konsisten.

Dalam penyusuan contohnya, konsisten dalam jadual pumping, kalau harini buat esok tak buat , susu pun malu-malu nak keluar.Kita pun tak bersungguh, macamana susu nak bersungguh keluar.Kalau usaha kita tak sungguh-sungguh bagaimana Allah nak tolong kita sungguh-sungguh kan.Mudah je konsepnya! 



Jika anda mahu anda pasti akan lakukannya. Buang segala alasan, buang segala rasa malas. Rasa penat pun tak ada dah kalau kita punya impian yang jelasss. 

Itu yang terjadi masa menyusukan Aleesya. First time menyusukan anak, tak tau pulak kalau time nak period susu merudum. Tak tau jugak kalau skip pumping susu akan merajuk. Risau dan runsing.Tapi sebab percaya dengan apa yang saya belajar dan baca, dari situ saya gagahkan diri jugak. Bangun pukul 2-3 pagi buat power pumping, buat sesi tendem, pam lebihan susu selepas baby menyusu supaya breast betul-betul kosong dan supaya susu lain akan di bekalkan dengan lebih banyak.Mengepam sehingga 6kali sehari walaupun baby menyusu dan Alhamdulillah tak lama pun , susu kembali meriah dengan banyaknya.

Yang penting Positif! Percaya pada rezeki Allah. Anda usaha anda dapat InsyaAllah...

Sama juga dalam dunia perniagaan. Cepat atau lambat untuk kepuncak bukan ukuran utama. Yang paling penting adalah konsisten dan jangan cepat mengalah. Kejayaan tak datang bergolek. I pegang tu. Jangan ceritakan kepayahan sehingga anda berjaya kelak. 

Yang i tahu Allah mendengar doa hambaNya. Allah tahu apa yang kita usahakan. Allah juga tahu apa yang kita inginkan malah apa sahaja yang terdetik dalam hati kita. 

Cepat atau lambat jangan dipersoalkan. Dia lebih tahu bila waktunya doa kita akan diperkenankan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa jua yang tidak kita ketahui.

Oleh itu, jangan takut untuk memulakan langkah pertama. 
Takut untuk menyusukan. Kenapa??? anak belum keluar dah start fikir risaulah susu takda, risau susu tak cukup. Oh sedih! Risau kepada perkara yang belum pun dilalui. 

Belum memulakan langkah pertama dalam perniagaan dah cakap, senang ke dapat sale, boleh berjaya ke? Itu belum cuba lagi dah ragu-ragu. Allah pun ragu-ragu nak beri ke tak.

Itulah kisahnya. I juga masih belajar dan bertatih. Sedang menyusukan anak kedua dan i masih belajar dan banyak membaca supaya kita boleh lakukan dengan baik dan membimbing orang lain juga. Sharing is Caring!

Sehingga bertemu lagi di lain entry!

Ur Shaklee Independent Distrubutor
Norly
017-2387283


Saturday 27 September 2014

Ada apa dengan OMEGA GUARD?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah baru lepas telan 2 biji Omega Guard. Ramainyelah yang tak tahu apalah yang bagus sangat Omega Guard ni. Kalaulah semua orang tahu mesti semua orang tak kan miss Omega Guard die setiap hari.

Pertamanya nak share differences ni...Bukan kondem bnarnd lain tapi boleh nampak kan perbezaannya...Salah satu sebab mengapa anda perlu membuat pilihan yang tepat dan terbaik.



Selain itu....


Apa kebaikan OMEGA GUARD kepada kita???

1. Untuk kanak-kanak boleh diberikan dari umur 1 tahun keatas. Cuma dosnya berbeza. Untuk kanak-kanak hanya perlu diberikan 1-2 biji sahaja dalam seminggu. Boleh dicampur di dalam susu atau makanannya. Mengapa ia baik untuk kanak-kanak?



2. Omega Guard juga baik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Mengapa???


 3. Selain itu juga Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard sangat baik untuk memelihara jantung anda dengan mengawal tekanan darah serta mengawal paras kolesterol  dalam badan anda


4. Omega Guard juga popular dikalangan mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan kerana Omega mempercepatkan penurunan berat badan dengan membakar lemak dengan lebih berkesan.

5. Seterusnya, Omega Guard mengurangkan radang sendi. Kalau i, i memang bekalkan tuk pak mertua sebab dia ada Gout. So, suruh dia amalkan Omega Guard bagi kurangkan sikit keradangan akibat gout tu.

Best tak OMEGA GUARD? Banyak lagi kebaikan yang belum i story. Nanti i story details k. Kita jumpa di lain entry.

Sape belum ada OMEGA GUARD kat dapur tu, baik order cepat. 1 famili boleh makan tau...hehehe

Wallahu'alam

Ur SID
Norly
017-2387283

Wednesday 24 September 2014

Mengapa Meal Shakes???

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Tak tau lah tersalah makan apa, alergik pun naik. Ubat yang ada cuma yang mengantuk. Telan jelah. Dan sekarang sangat mengantuk ok. Sudah 12 malam pun.

Tapi tetap nak share jugak mengapa anda sangat-sangat digalakkan untuk memiliki MEAL SHAKES untuk seisi keluarga terutamanya KANAK-KANAK.

Tak mau cite panjang-panjang...Meh tengok ni!

 Selain itu......


Dan lagi mengapa anda perlu sangat-sangat Meal Shakes ni....


Done! Menarikkan! Anak i Aleesya memang penggemar Meal Shakes. Susu dia setiap pagi perlu bancuh dengan sesudu Meal Shakes dan Alhamdulillah selera makan bertambah dan imunisasi badannya semakin meningkat. I adalah sangat happy, Alhamdulillah...

Dan.....


 Wallahu'alam


MEAL SHAKES!
BUY 3 FREE 1
Hubungi saya untuk tempahan dan maklumat lanjut
Norly
017-2387283