Thursday 5 February 2015

Tiada Hasil Tanpa Usaha

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup i dari kecik memang tak akan ada hasil tanpa usaha. Bukan usaha yang sikit-sikit tapi usaha yang sungguh-sungguh. Dari kecik kami adik beradik memang dilatih begitu. Sejak ibuku meninggal dunia seusiaku 7 tahun kami empat beradik tinggal bersama ayah dibantu oleh arwah wan dan atok. Ayah tak pernah ajar kami kemewahan serta dengan mudah untuk mendapatkan sesuatu. Kami diajar hidup berdisiplin walaupun tanpa ibu. ILMU adalah perkara yang amat-amat ayah titik beratkan. Samada ilmu duniawi dan ukhrawi. Alhamdulillah kami berempat diberi asas agama yang cukup oleh ayah dan dengan menghantar kami kesekolah agama sejak tingkatan 1 lagi.

Sampailah kami semua ke menara gading dan masing-masing berjaya menggulung Ijazah dan buat ayah tersenyum Alhamdulillah. Sehingga usaha kami mencari kerja juga kami tak lalui jalan yang mudah. Sebab, mungkin Allah terus mahu kami jadi hambaNya yang tidak berputus asa dan rajin berusaha serta meletakkan Allah sebagai pergantungan utama.

Sehinggalah kami berkeluarga dan punyai anak sendiri jalan yang kami lalui tidaklah seindah yang tergambar. Segala pahit ditelan bersama usaha yang tidak jemu serta doa yang tidak putus-putus terutama untuk membentuk keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. Kami belajar, redha Allah adalah segala-sagalanya didunia ini. Jangan membelakangkanNya walau sedetik. 

Segalanya...semuanya...dan apapun kami harus bersungguh-sungguh. Terima kasih yang tidak terhingga AYAH! Jasamu hingga kesyurga. Moga Allah lindungi ayah didunia dan akhirat..Amin!

Manusia akan bersama kita semasa kita senang, kita gembira, kita cantik, kita kaya tapi manusia akan mula menjauh bila kita susah, sedih, dah tak cantik , takda duit. Tapi...Allah tetap ada walau apapun keadaan kita. Cuma kita yang selalu alpa bila diberi kesenangan dan kegembiraan. Lupa bahawa itu adalah anugerah dariNya. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Moga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha dengan setiap ketentuanNya, InsyaAllah.


We love you till Jannah AYAH!


Sunday 1 February 2015

Promo February!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

2 Februari 2015...

I nak umum PROMO yang GEMPAK bulan ni ;)
Confirm semua orang senyummmmm....


  • Vita Lea Iron Formula - Buy 6 Free 1
  •  Ostematrix - Buy 6 Free 1
  •  Advance Joint Health Tablet - Buy 6 Free 1
  • Vita Lea Kids - Buy 3 Free 1
  • Ostematrix - Buy 2 Discount 5%
  • Vita Lea Iron Formula - Buy 2 Discount 5%
Apa lagi kejarrrrr sementara stok masih ada!



Ur SID
norly

Saturday 10 January 2015

Tips Penyusuan #3 : Susu Merudum Lagi???? Oh Apa nak Buat?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

I berhutang satu post pada sahabat-sahabat facebook i... Sebelum tu jom kita tengok dulu Tips Penyusuan #1 dan #2 yang i kongsikan dalam fb i haritu

[Tips Penyusuan #1]
Walau apapun keadaan perkara penting dalam penyusuan haruslah stimulation.Samaada dari baby atau dengan pumping session.
Milk Booster perkara yg perlu seiring.Jangan pulak nanti ada yang cakap dah makan dah macam-macam milk booster tapi susu tak banyak pun....bila tanya, tak bagi baby menyusu dengan kerap dan jarang-jarang mengepam...Haip! 

Memang sampai kesudah tak keluar.


Dan adalah sangat tak membantu juga kalau ibu rajin mengepam tapi tak makan makanan seimbang dan berkhasiat. Lambat laun badan kekurangan nutrisi dan akan menjejaskan pengeluaran susu.
Konklusinya...Stimulation & Milk Booster perlu seiring!

[Tips Penyusuan #2]
Anak batuk selsema dan tak mahu menyusu???
Panik??? Semestinyalah panik.

Relax...Pam susu mengikut jadual..paling bagus 2 jam sekali...tapi kalau tak sempat buat 3 jam sekali...paling teruk 4 jam sekali...Jangan biarkan breast bengkak susu terlalu lama kerana ia mengundang kepada kemeruduman susu dalam 2-3 hari lagi...Awas!

Utk baby..cuba beri susu perahan menggunakan botol atau apa cara sekalipun...Jangan biarkan baby kekurangan cecair dalam badan kerana ia mengundang bahaya kepada baby.
Ikuti kisah saya dan kemeruduman susu ketika anak sakit dan tidak mahu menyusu beberapa hari dalam Tips seterusnya ......



Ok let me start, umar memang perangai dia kalau selsema sampai hidung tersumbat dia memang tak nak menyusu. Last 3 week dia batuk teruk, batuk kahak, demam panas, memang langsung tak menyusu 2 hari macam tu , cuma air kosong je nak sikit-sikit. Breast bengkak tak usah cakap. 

Apa i buat? Dalam keadaan kelam kabut tu i pam jugak susu kadang-kadang 2 jam sekali, kalau tak sempat sangat 3 jam sekali dan so bad 4 jam sekali, tapi jangan tiru yg tu hehe.Disebebabkan umar sekarang ni memang direct feed 24hour memandangkan i tak keje, so bila tiba-tiba takde stimulation dari baby dalam 2 hari apa yang anda boleh jangkakan? Kemeruduman susu sedikit masa lagi. So true!

Hari ke 4 terpaksa kejarkan umar ke hospital. Sebab die dah lembik dan nafas macam susah. Dia nak minum direct sikit tapi memang akan muntah balik. Dan rupanya memang kahak dah masuk dalam paru-paru dan dah ada jangkitan kuman. Luluh rasa hati. Umar warded selama 5 hari sebab bronkiolitis yang dia alami.

Seperti yang di jangkakan masa kat hospital bila umar pulak dah nak minum sikit-sikit tetapi susu sudah mula merudum. Breast tak bengkak macam selalu. Memang itu yang akan berlaku i dah sedia, sebab:

1. Tak mengepam mengikut jadual, kadang-kadang 2 jam sekali, kadang-kadang 3 jam sekali, kadang-kadang 4 jam sekali dan kadang-kadang tengah malam tak sempat pam bila umar meragam dan kene beri perhatian lebih pada dia
2. Tidak betul-betul mengosongkan breast semasa mengepam susu. memang tak sempat uollsss nak amik masa lama-lama pam susu
3. Stress. Memanglah agak stress kan sebab risau ,susah hati bila anak tak sihat
4. Tidur tak menentu dengan erti kata lain kurang rehat. Bila badan letih macamana nak produce susu dengan baik kan



Tu antara puncanya. Dan apa yang patut dilakukan bila susu merudum. Jangan sedih, jangan meratapi kemeruduman susu tu. Bangkit dan mulakan misi untuk dapatkan susu yang melimpah ruah semula.Bagaimana?

1. Walaupun baby menyusu, teruskan mengepam bila baby tidak menyusu dalam jangka masa yang lama, supaya breast tidak bengkak pada masa yang lama
2. Kosongkan breast sesudah baby menyusu terutama jika baby hanya minum sebelah sahaja atau minum terlalu sedikit
3. Buat power pumping apabila baby tidur. Rujuk post PP sebelum ini k
4. Relax, tak perlu stress. Susu tak keringpun. Susu tu merajuk je, menyorok jap.So, kene usahakan pujuk susu untuk datang balik ;)
5. Sediakan juga ruang untuk diri sendiri untuk berehat. Supaya badan kita fresh dan sihat dan merangsang pengeluaran susu dengan lebih baik
6. Sentiasa berada dalam mood yang positif dan gembira
7. Jaga pemakanan supaya sentiasa seimbang
8. Ambil suplemen untuk melengkapkan nutrisi di dalam badan supaya badan anda kekal sihat dan bertenaga.
9. Doa, doa dan doa jangan lupa kepada yang memberi rezeki susu itu k ;)

Done! InsyaAllah, ini je yang i amalkan setiap kali mengalami kemeruduman. Jangan sedih-sedih ye ibu-ibu. Susuilah anak anda dengan sabar, tenang dan gembira. Oklah sekian tips untuk kali ini. Kita sambung lain tips di lain entri ye!

Ni umar Day 5 kat hospital dan dah boleh discharge. 

Kakak Sya pun 5 hari teman adik kat hospital. Langsung tak nak balik. Thank you kakak!
Moga lepas ni anak-anak ummi sihat-sihat semuanya. I love you till Jannah!

Wednesday 31 December 2014

Bertabahlah Wahai Saudara-saudaraku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sesedih manapun hatiku, seruntun manapun jiwaku, sebanyak manapun airmataku mengalir lebih sedih, lebih runtun dan lebih banyak airmata mengalir pada mangsa-mangsa banjir yang menghadapi dugaan yang sangat berat, juga lebih runtun hati keluarga mangsa nahas Air Asia Indonesia yang menerima perkhabaran buruk tentang kehilangan ahli keluarga dalam nahas itu..Ya Allah kuatkanlah hati-hati mereka..Ampunkankan dosa-dosa mereka..

Sesukar manapun hidup kita, perlu diingat ada orang lain yang lebih sukar hidupnya dari kita. Ia akan lebih membuatkan kita sentiasa bersyukur dan mengingatiNya dimana terlalu banyak lagi nikmat Allah yang kita kecapi dan wajib disyukuri.

Berlabuhnya tirai tahun 2014. Simpan semua cerita dan kenangan pahit manis rapat-rapat. Yang buruk jadikan tauladan dan yang baik jadikan sempadan. Semoga terbukanya lembaran baru 2015 akan membuka juga jiwa dan hati kita untuk terus bangkit meneruskan kehidupan dan mencari keredhaan Allah dalam apa jua yang kita lakukan.

Ingatlah hidup kita cuma sementara. Jadilah orang yang bijaksana iaitu orang yang menggunakan dunia untuk menebus akhirat. Teruslah sujud pada yang Maha Esa. Jangan takbur, jangan dabik dada.Orang yang tidak mahu sujud pada Allah adalah orang yang bongkak.Lupa bahawa segala apa yang diperoleh didunia ini adalah pinjaman Allah. Semoga kita semua jauh dari golongan seperti ini, InsyaAllah

Selamat tahun baru buat sahabat-sahabatku. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita semua. Amennn..

Wallahu'alam

Wednesday 17 December 2014

Collagen Powder Promo!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul rasanya tak menulis. Busy ape tah tak tau..Tapi nak mengadap lappy ni memang memerlukan masa bersendirian cewahhh! 

Sampaikan promo COLLAGEN POWDER BUY 3 FREE 1 pun i tak announce lagikan
Ha ni lah nak habaq mai...sampai 31hb Disember ni je tau.. Meh cepat sape nak kulit tulus mulus licin gebu...takde masa lain..nilah masanya nak beli sekali 4 kotak...memang meletop terus korang pasni hehehe InsyaAllah..

Cepat sekarang beli..jangan tunggu bulan satu... kot bulan satu korang tanye i memang confirm batang hidung Collagen tak nampak dah...Shaklee nak perabih stok..Bulan satu diorang nak renew lesen...maybe ambik masa lebih kurang 9 bulan ke 1 tahun disebabkan rule government yang baru..so, lama tu nak tunggu COLLAGEN POWDER bermutu tinggi ni ada balik kat pasaran. 

Apa lagi????

Cepat sekarang jugak whatsapp i laju-laju k;)

Sunday 7 December 2014

Jeragat....No More!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Jeragat memang merunsingkan setiap wanita terutamanya yang dah masuk ke usia 30- 40an. Bila terlepa sikit mulalah jeragat naik. Memang tak selesa lah setiap kali tengok cermin..Study punya study..cari punya cari..paling cepat dan sangat memberi kesan adalah COLLAGEN POWDER ni.


Mengapa Collagen Shaklee Best?

Mengikut hasil kajian, dengan penggunaan Shaklee Collagen Powder selama 8 minggu , keputusannya positif, iaitu berlaku peratusan peningkatan kepada kulit dari segi :

90% meningkatkan kelembapan
75% mengurangkan kekasaran & kekeringan
71% meningkatkan dalam penampilan keseluruhan
69% meningkatkan kelembutan dan kelicinan
60% meningkatkan pemakaian kekal mekap
55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
54% meningkatkan ketebalan rambut
50% meningkatkan keserian dan tona kulit serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan


Cuba tengok testimoni pengguna ni...


Jeragat hilang..Kulit lebih anjal, tegang dan licin..Tona kulit menjadi sekata...Best kan?
Collagen memang terbaik.Semakin meningkat usia collagen di dalam badan kita semakin berkurang. So, perlu topup collagen dari pemakanan tambahan.

Selain tu jangan lupa juga teruskan pengambilan suplemen 3 serangkai untuk kulit.. B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. 


Dan lagi pada sesiapa yang ada budget lebih. Sila topup dengan ESP sekali ok! Kesemua ni akan menberikan kesan yang lebih cepat dan sangat baik. Uolllsss mesti teruja!;)


Kesimpulannya, atasi sebelum parah. Masih ada masa untuk anda memanjakan dan memelihara kulit anda supaya anda sentiasa berkeyakinan dan gembira .
Sediakan payung sebelum hujan. Jauhi jeragat sebelum ia menyerang kulit anda. Jom jom pakat pakat beli sekotak sorang...Tak tipu uollss mesti akan repeat order punye..COLLAGEN POWDER Shaklee memang THE BEST! yummyyyhhh

Sekian cerita cantik kita malam ini...
I nak pi basuh masker ESP i hehehe
Gudnite!


Wallahua'alam

Ur SID
017-2387283




December Promotion...Double Promotion!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Seminggu dah berlalunya bulan Disember. I baru nak update PROMO bulan ni  uollsss hehehe... Busy mengalahkan menteri...:p

Ok,
December Promotion!
Double Promo!
Buy 6 Free 1
VITA C PLUS
dan
VITAMIN E



 Wow! Menarikkan...
Suplemen buat mereka-mereka yang mementingkan KECANTIKAN dan KESIHATAN 
Suplemen untuk mereka-mereka yang ingin MEMANJAKAN KULIT...mendapatkan KULIT yang tulus mulus, gebu dan sihat
Terus grab sekali dua ni ok! Baru nampak hasil yang MELETOPPPP dan MANTAPPPP!

Ur SID
017-2387283