Monday 27 October 2014

Fahami Situasi Bayi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Situasi ni i baru rasa.Dulu masa Aleesya pun tak pernah alami macam ni. Kesnya, umar selsema dan dia  tak minum susu secara direct 1 1/2 hari.Sebelum ni pernah gak hidung die block dengan hingus tapi elok je minum. Tak tau kali ni kenapa. Siang tadi je die baru minum direct 2x. Sekali tadi i pam bagi pakai botol straw dia. Botol susu die pun die reject. Siap nangis-nangis bila bagi.

Sekuat manapun, kita mesti runsing dan sedih kan. Gigih bangun pukul 2 pagi pastu 5 pagi pam susu masuk dlm botol straw die. Yang tu dia minumlah elok. Breast tak payah cakaplah. Sampai tersumbat dah. Yelah tak pernah pun dia tak minum direct selama tu. 

Alhamdulillah at last, dia nak dah minum direct. Maybe betullah dia tak selesa dengan hidung die yang tersumbat tu. So, kita yang kene kuat. Jangan cepat fikir negatif. Fikir anak dah tak nak menyusu direct, fikir susu tak sedap ke, susu sikit anak tak suka ke. Give up dan terus bagi fm. Susu badan pun kering terus. Pastu cakaplah susu dah takde. Dah tak bagi pastu cepat sangat mengalah mana susu tak merajuk. InsyaAllah selagi anak menyusu dan kita pun rajin pam susu akan sentiasa ada dan melimpah ruah.

Cari punca kenapa die tak nak menyusu dan cari jalan penyelesaiannya. Bila i dah tau puncanya sebab hidung dia tersumbat, so cari alternatif lain untuk bagi selsema dia baik cepat. Selain ubat makan, ubat titik i buat gak cara tradisional yang ku baca dalam en google gak.

Camni, bakar skit bawang putih, pastu ketuk2 sampai keluar minyak dia, then perah lemon dan letak minyak zaitun. Gaul sekali dan sapu pada tapak kaki serta pakaikan stokin. Kalau takut baby alergik pakaikan dulu stokin nipis lepas tu satu lagi stokin lumurkan dengan campuran tadi dan kemudian pakaikan stokin itu. Ia sangat baik untuk bayi yang selsema , batuk atau demam. Bawang putih bertindak seperti antibiotik semulajadi kepada badan kita.

Alhamdulillah, selsema dia memang keluar lepas tu lama-lama terus kering, syukur...umar dah kembali minum seperti biasa. Kesimpulannya, jangan cepat sangat buat kesimpulan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Berusaha dan berdoa supaya usaha dan niat murni kita dipermudahkanNya..Ameenn..

Jom layan gambar kesayangan-kesayangan i ni...huhu


Teng teng ni tak taulah bila nak berpisah dengan dia huhu


Tapi kalau dia tengah main tu cuba gak sorokkan teng teng tu bagi dia lupa


Terlopong tengok cite feveret mereka 

Oklah out dulu. Jangan lupa ya...Masih berbaki 4 HARI lagi PROMO ESP BUY 6 FREE 1 dan PROMO MEAL SHAKES BUY 3 FREE 1 !

Jom GRAB sebelum terlambat!!!

Ur SID
017-2387283


Wallahua'alam

Thursday 16 October 2014

Help Baby!Support Breastfeeding!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t....

Waktu sekarang 11.06 malam...Banyak betul kekangan nak bersiaran sekarang...Rindu u nak update blog huhu...Sebelum ku gagahkan diri untuk bukak lappy ni...bancuh jap 

1 sudu ESP + 1 sudu susu Anlene + 1 sudu Ovaltine

Bancuh dengan air sejukkkkk...Kemudian shake...shake...and shake...Memang meleTOPPP!

Peneman setia malam ni...my lovely energy booster...my beloved milk booster :)


Ok stop melalut...Back to the topic harini..Sokongan orang sekeliling amat-amatlah penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Orang yang paling rapat mestilah suami kan..suami yang sangat perlu memahami situasi isteri yang menyusukan anakmereka. Antaranya:

1. Beri sokongan dari segi kata-kata semangat dan perangsang yang isteri mampu melakukannya
2. Sama-sama menyediakan dan mencari kelengkapan penyusuan seperti breast pump, nursing pad, cooler bag, nursing bra , nursing cover dll
3. Dengar aduan, keluhan atau kegembiraan isteri
4. Sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan terutamanya ketika isteri mengalami kemeruduman susu
5. Sama-sama mempelajari dan membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan penyusuan dan susu ibu
6. Sentiasa memahami situasi isteri yang ingin menyusukan walau dimana pun berada terutama di tempat awam

Ermm...macam-macam lagilah yang tu antaranyalah...Suami i adalah sangat memahami Alhamdulillah (beranilah taknak memahami hehehe)...Sabar je dengar i membebel kalau susu merudum huhuhu...

Selain suami, ibu, ayah, ibu mertua, bapak mertua  juga adalah tunggak sokongan utama. Alhamdulillah i juga memiliki  ibu bapa dan mertua yang sangat memahami...ibu i pun bekas nurse wad bersalin, so, memang dari start baby lahir die yang tolong tunjuk ajar dan sentiasa beri nasihat dan semangat supaya terus menyusukan baby secara exclusive. Kata-kata dia tak pernah negetif. Sape cakap susu takde lepas bersalin depan die...Haip! siaplah....

Ibu mertua i pun seorang yang memahami. Dia yang jaga aleesya dan umar dari lepas pantang masa i pergi kerja. So, dari dia tak pernah handle EBM sampailah dah expert hehehe...Seorang yang sentiasa terbuka tentang apa je yang kita ajar die tentang cara nak mengendalikan EBM. Dan kalau dia tak faham dia akan terus tanya. Alhamdulillah...

Dan adik-adik i juga adalah fully support on breastfeeding. Tak kira perempuan ke lelaki ke.Berkat dari i menyusukan aleesya secara penuh adik kembar i dua-dua pun menyusukan anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya. Si Adelia dah nak masuk 2 tahun dan Amna dah  1 tahun . Masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya Alhamdulillah...

Kepada mereka-mereka diluar sana. Terus memberi sokongan kepada isteri, kakak, adik atau rakan-rakan anda yang ingin menyusukan anak secara eksklusif. Jangan sesekali patahkan semangat mereka. Sebab tanpa keyakinan kejayaan tak akan datang. Bantu mereka supaya mereka rasa dihargai dan usaha mereka sentiasa mendapat sokongan orang sekeliling mereka terutamanya keluarga. 

Susu ibu adalah susu terbaik untuk anak anda. Jangan lepaskan peluang ini dan tunaikan hak mereka, InsyaAllah!

Setakat ini dulu buat kali ini.

Help Babies! Support Breastfeeding!

Wallahu'alam

Sunday 12 October 2014

Selamat Malam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t..

Ingatkan nak tulis entry ni sambil mengepam susu umar. Esok i banyak urusan so nak tinggalkan die umah mil jap. Susu beku memang banyak je.Tapi saje nak bagi susu baru sebotol.

Umar dah mengempeng dari tadi, pam-pam tak berapa berhasil huhu...
Alamatnye bangun pagi sok jelah pam.

Tapi, sebelum tidur nak shake dulu ESP + Susu Anlene i
Supaya pagi sok banyaklah hasilnya

Oklah, kene out sekarang. Dah pukul 12 malam.
Aleesya dah bising ajak tidur. Selagi i tak tidur die memang tak tidur.

Ok. Jumpa dilain entry.

Wallahua'alam

Wednesday 8 October 2014

Pengalaman Hamil Dengan Suplemen Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Huh..huh macam-macam aktiviti harini...Full satu hari...Rupanya surirumah lagi busy. Tambah-tambah sambil-sambil jaga anak uruskan bisnes Shaklee gak. Ni kejap lagi baru nak tidur dalam pukul 1 hehe...Teman sejati malam ni haruslah ESP shake bersama Ovaltine kan kan...:)

Ok...malam ni nak cerita tentang pengalaman hamil dengan suplemen Shaklee. Sejujurnya i kenal Shaklee sejak Aleesya umur 5 bulan. So, mengandungkan aleesya tak kenal lagi Shaklee. Masa mengandungkan die saya memang mengalami anemia yang agak teruk. Sampai kene ambik details blood count. Makanlah vitamin iron klinik bagi pun tak jalan, makan makanan tinggi iron pun masih sama. Tapi, alhamdulillah dah nak bersalin naik sikit.

Mengandungkan umar pulak memang fully ambik suplemen Shaklee. Suplemen klinik memang tak ambik. Antara suplemen untuk pregnancy macam ni...


Vita Lea, Vita-C, B Complex dan Ostematrix

Vita-Lea diperkaya dengan iron, i ambil 2biji sehari bersama Vita-C samada selepas breakfast atau lunch. Vita-Lea perlu diambil bersama Vitamin C kerana ia membantu penyerapan iron di dalam Vita-Lea dengan lebih berkesan. Alhamdulillah, mengandungkan umar darah saya normal. Tiada lagi anemia! Macam terkejut jugak.

B Complex pula diperkaya dengan folic asid. Saya ambil 1 biji sehari selepas breakfast atau lunch. Folic Asid adalah keperluan utama ibu-ibu mengandung

Ostematrix pula saya ambil 4 biji sehari sebelum tidur. Ostematrix adalah kalsium yang diperkaya dengan Magnesium dan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan. Ostematrix sangat penting untuk membantu pembentukan dan perkembangan tulang bayi di dalam rahim. Ia juga untuk membekalkan kalsium yang cukup untuk si ibu. Sila jangan abaikan pengambilan kalsium anda ye ibu-ibu! Kalau dipanjangkan umur tulang kita nak guna untuk macam-macam tanggungjawab kan. So, jaga tulang anda sekarang!

Ini semua perlu diambil dari start trimister pertama hingga trimister ketiga. Masuk trimister kedua saya tambahkan Omega Guard dalam diet saya. 3 biji sehari selepas lunch atau dinner.


Sebab apa??? Omega penting untuk perkembangan minda si manja di dalam kandungan. Mesti nak anak cerdik pandaikan, InsyaAllah.Selain itu, ia juga mengawal berat badan ibu yang sedang mengandung. Maklumlah, bila mengandung badan memang akan naik mendadak. I sendiri mengalami kenaikan yang agak mendadak masa mengandungkan umar. Masuk ke second trimister terus ambik Omega Guard. Alhamdulillah lepas tu normal dan seperti yang dikehendaki hehehe..

Perbezaan paling ketara juga adalah energy. Mengandungkan anak pertama boleh lagi lepak-lepak. Penat sikit rehat, pening sikit baring, rasa tak nak masak mintak je tolong husband beli. tapi mengandungkan anak kedua kita ada banyak tanggungjawab terutamanya anak pertama yang sangat memerlukan perhatian. Takkan nak biarkan anak makan kedai hari-harikan. 

Energy adalah sangat-sangat penting. Tapi, pregnancy kali kedua memang rasa lebih energetic. yang penting suplemen jangan tinggal, makan makanan seimbang dan banyakkan doa supaya segalanya dipermudahkan.

So, come mommies out there. Jom amalkan suplemen Shaklee sepanjang kehamilan anda. Supaya anda juga memperoleh kebaikan dan manfaatnya untuk diri sendiri dan bayi di dalam kandungan

.

Hubungi saya untuk konsultansi, maklumat lanjut dan tempahan

Wallahu'alam

Ur SID
norly
017-2387283

Monday 6 October 2014

Meningkatkan Susu Ibu Yang Merudum

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat Hari Raya Aidiladha! Satu-satu nya hari raya kami semua tanpa mak ayah sebab mereka masih berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah haji. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah, Ameen.

Berbalik kepada tajuk entry harini, lately ni, exspecially sejak duduk rumah, jadual pam memang kelaut sikit sebab umar menyusu direct dan busy urusan anak-anak dan urusan rumah. Dan apa yang i perasan kadang-kadang susu sedikit merudum. Kalau pam dapat dalam 5oz je. Berbanding dulu masa still keje dan jadual pam sangat konsisten, sekali pam boleh dapat 6-10 oz atau kadang-kadang 15oz sekali. Tapi , tetap syukurr....Berapa banyak pun semua dari Allah...

Walaubagaimanapun, susu tak boleh dibiarkan terus merudum, perlu kan usaha untuk tingkatkan semula jumlah susu. Baby nak membesar perlukan susu yang cukup supaya tumbesarannya.Bagaimana caranya???


  • atur semula jadual pumping
  • perlu konsisten melakukan power pumping sehari sekali
  • jangan skip waktu makan dan makan makanan seimbang
  • jangan skip pengambilan suplemen. Antara suplemen menyusu yang i amalkan adalah VITA-LEA, B COMPLEX, VITAMIN C, ALFALFA, OSTEMATRIX DAN ESP! Kesemuanya memberi anda tenaga dan melengkapkan nutrisi di dalam badan kita supaya sentiasa sihat. Apabila badan sihat kita akan sentiasa ceria. Dan apabila kita ceria ia merangsang kepada hormon prolaktin yang akan menghasilkan susu dengan lebih banyak.
  • minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • jika baby minum sebelah, kalau boleh pam sebelah lagi supaya kedua-dua breast akan kosong supaya mudah susu baru akan di topup.
  • fikir yang baik-baik dan jangan cepat mengalah. Fikir susu ada dan banyak susu akan ada dan banyak, fikir susu sikit dan kering susu akan sikit dan kering. So, beware of your mind!
  • positif dan doa,doa,doa supaya dimudahkan perjalanan menyusukan anak tersayang ;)

Itu antara tips yang i amalkan untuk terus ingin mengekalkan susu yang banyak untuk si comel. Alhamdulillah Aleesya stop breastfeed pada umur 1 tahun 9 bulan, itupun atas sebab i pregnant. umar sekarang dah 11 bulan, ada lebih kurang setahun lagi untuk menyempurnakan penyusuannya... Chaiyokkk! Moga Allah mudahkan perjalanan penyusuan untuk umar Ameen...

Ok  sekian tips untuk malam ini. Layan gambar cinta-cinta hati masa bawak diorang naik train minggu lepas. They were soo happy! :)

 Kakak excited sangat first time naik train

 Peace! 

Umar mula takut-takut lama-lama dia yang paling lasak


Wallahu'alam

Ur SID
Norly
017-2387283

***** OCTOBER PROMOTION
ESP BUY 6 FREE 1
MEAL SHAKES BUY 3 FREE 1

Friday 3 October 2014

Resepi ESP Version ku :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t..

Mentang-mentang promo ESP bulan ni kan. So, sila tengok post ESP sampai muntah bulan ni k hehehe

I memang penggemar ESP tegar...Tapi, setakat ni tak sempatlah nak wat macam-macam resepi yang di cadangkan tu. Memang suka yang simple-simple je dan senang asal ESP haha...

Yang i sangat suka sekaranglah kan..

1 sudu ESP + 1 sudu susu anlene + 1 sudu Ovaltine/Vico

Like this!


Kalau pagi suka buat ngan air suam. Tapi kalau petang suka minum sejuk-sejuk. So , letak air sejuk..shake..shake..and shake...jadilah gini...


Dah siap boleh minum slurpppp...memang terbaikkk...sejak-sejak duk rumah ni lagi penat rasa..umar plak asyik mengempeng..so, energy booster sangatlah perlu...

Antara resepi lain yang i suka jugak adalah...

1 sudu ESP + 2 sudu sunquick 

Like this!

Ini memang confirm sedap minum petang-petang...segar dan bertenaga! Korang mesti suka punyalah...

Setakat ni Alhamdulillah susu umar memang meriah. I pun memang bekalkan susu tuk anak-anak buah gak bila weekend, alhamdulillah...so, sementara duk rumah ni, i pam susu tuk diorang lah. nanti weekend adik-adik i datang amik kat rumah, syukur..rezeki dapat dikongsi bersama...

Oklah, out dulu, perlu packing utk balik raya haji sementara umar zzzzz....

Kita sambung resepi ESP di lain entry ye..babai ;)

Wallahua'alam

Wednesday 1 October 2014

ESP Promo Lagi!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t..

Mood yang sangat happy hari ni...weee...Alhamdulillah..Paling happy mestilah sebab ESP Promo Buy 6 Free 1 bulan October ni!

Sape tak grab promotion bulan Oktober ni memang rugi wooo...Setahun hanya sekali hehehe

ESP ni memang kesayangan i dari dulu lagi ..Sejak 3 tahun lepas..
Sebab? ni utk diri i yang i rasalah ye...

  • rasa energetic lepas minum ESP. kalau dulu kat office selalu mengantuk tapi kalau ambik pagi-pagi memang tak rasa ngantuk dan badan rasa bertenaga. pendek kata ESP ni Energy Booster i tau ;)
  • satu lagi, i memang cepat lapar sebab i breastfeed baby. kat opis pun mengepam 3x sehari.so nak elakkan dari cepat sangat lapar amik esp secawan memang confirm rasa kenyang memang lama.tapi, kalau yang rasa nak diet cuba minum esp dalam pukul 10-11 pagi ke so lunch memang tak kan amik lunch yang berat or banyak. dan kalau tak nak amik dinner yang heavy atau banyak, minum ESP waktu petang, InsyaAllah ...tak caya? cuba try hehe
  • sebabkan i breastfeed baby dah tentu i ambik ESP untuk boost up susu kan. memang Alhamdulillah susu meriah exspecially lepas minum ESP . yang paling best pekat . korang boleh nampak beza bila pam susu tanpa minum ESP dan selepas minum ESP. Lebih creamy dan berlemak-lemak dari biasa.
  • dan antara yang paling i suka jugak ESP memperbaiki kulit i. Kulit lebih nampak segar dan flawless. adik i ambik ESP gak, kawan-kawan office ramai tegur kulit muka die makin glowing dan berseri-seri..mesti part tu yang sume orang sukakan exspecially perempuan hehe
ok habis serba sedikit apa yang i rasa selama consume ESP. ESP adalah sumber protein dgn asid amino yang antaranya memperbaiki sel-sel yang rosak dengan sel-sel baru. sesuai diminum untuk sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan .

So, sape nak ESP sila angkat tangan!
Boleh terus contact i ok!
Ur SID
Norly
017-2387283

Wallahua'alam