Friday 29 August 2014

Jangan Cepat Mengalah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Lewat malam baru sempat nak update blog huhu...Buat masa ni, ini jelah masa yang paling berkualiti utk mengadap lappy ni hehe..Saat anak-anak dan suami dah tidur, otak pun dah lega rumah dah siap-siap kemas utk esok...Alhamdulillah...smile :)

Dua-tiga hari ni banyak juga terima pertanyaan bagaimana nak banyakkan susu semula setelah bayi dicampur dengan susu formula. Pada mereka yang bertanya i dulu sebelum bersalin atau sebaik sahaja melahirkan, rata-rata i akan guide dulu macamana nak teruskan beri anak hanya dengan susu ibu sahaja. Ada yang memang ikut dan berjaya tapi ramai juga yang give up tengah jalan atau kadang-kadang dipermulaan jalan dah mengalah.

Jangan macam tu.Setiap ibu yang melahirkan pasti Allah kurniakan susu. Susu tak cukup dan anak kuat menyusu  , itu bukan alasan utama. Dunia penyusuan memerlukan pengorbanan yang tinggi.Berapa ramai yang sanggup bangun malam buat power pumping atau mengepam susu utk bekalan anak keesokkannya?Berapa ramai yang sanggup bangun malam breastfeed anak yang kadangkala lama dan membuatkan anda sakit pinggang sampai tertidur? Berapa ramai yang sanggup usung pam usung cooler bag kehulur kehilir , masuk office keluar office, pergi site , pergi meeting? i masih buat semua tu sampai sekarang , yang sedang menyusukan anak kedua yang berusia 10bulan.

Menyusukan Aleesya anak pertama i selama 1 tahun 9bulan adalah pengalaman i yang cukup berharga.Dengan berbekalkan bahan bacaan dan guide dari mentor-mentor i redah sorang-sorang. Tak tau nak cakap berapa kali jugak mengalami kemeruduman yg teruk. Airmata tumpah pun hanya Allah yang tahu. Tapi demi anak i sanggup usahakan jugak.Sebab i tahu itu yang terbaik untuk dia InsyaAllah dan i nak yang terbaik utk anak i.

Jangan cepat mengalah. Kita bukan bersendirian. Kita ada Allah. Mohonlah padanya sungguh-sungguh. Dia Maha mendengar. Bagi yang telah terlanjur memberi fm. Mengalah bukan bererti kalah. Bukan bererti tiada jalan keluar. Pergi cari balik kekuatan dulu. Usahakan kembali utk membanyakkan susu ibu. Cari bahan bacaan yang banyak. Join support group penyusuan. Sekarang ni dah overload pun.Baca baca dan baca serta praktikkan InsyaAllah anda akan berjaya malah lebih gembira menyusukan bayi anda.

Go mommies! Don't Give Up!
Got to sleep now. Kita sambung dilain entry ya ;)
Opps jangan lupa makan OSTEMATRIX 4 biji sebelum tidur supaya pagi esok bangun dengan bertenaga dan segar :) dan ibu menyusu wajib amik suplemen kalsium k !

Wallahua'alam

Ur SID
Norly
017-2387283



Tuesday 19 August 2014

Anda Stress????

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum w.b.t...

11.30am...selesai session pumping kedua hari ini..Alhamdulillah masih lagi meriah hasilnya, syukur! Rezeki anak. Dua tiga minggu ni i memanglah tak cukup tidur...Si kakak memang tidur lambat dari kecik..around 12mlm baru tidur..takpe ok lagi sebab kakak kalau kita tidur pun dia dah boleh main sorang..Tapi , lately ni adik pulak yang dah mula belajar tidur lewat..Biasanya kalau tidur pukul 10 dia akan tidur sampai pagi, tapi kali ni die akan bangun balik dan susah nak tidur kadang2 sampai 1 pagi...wawawa...Takpalah Allah menguji kesabaran kita, keimanan kita, ketabahan kita.Kita kene kuat mental dan fizikal. Sihat mental tu sediri kene kuatkan hatilah, ubat paling mujarab sentiasa dekatkan diri dengan Allah, banyakkan zikir, baca Quran, solat sunat (i nasihatkan diri i jugak).Tetapi, kuat fizikal memang perlu dari pemakanan, cara kita handle waktu bila waktu berkerja dan waktu rehat.

Stress!!! Ye memang stress.Sesabar manapun kita, mesti akan stress jugakkan. Doktor memang dah nasihatkan I untuk kawal stress, sebab i mengalami IBS(Irritable Bowel Syndrome) .Stress telah mengganggu sistem pencernaan i. So, apa i ambil untuk redakan stress selain amalan rohani.

Nah!

B COMPLEX vitamin ANTI -STRESS! Mengapa????

Meh sini nak kongsi Vitamin B Complex Shaklee mengandungi Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...

• Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
• Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
• Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
• Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
• Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
• Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
• Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Menarikkan. i makan 1 biji B Complex sehari. Mudah-mudahan i boleh sentiasa mengawal stress saya walau dalam apa jua keadaan sekalipun terutamanya dalam menguruskan anak-anak yang masih kecil dan rumahtangga.
Jom jadi superwomen yg sentiasa happy & bahagia...Ameennn ;)

Wallahua'lam

Ur SID
Norly
017-2387283


Monday 18 August 2014

Positif Kunci Penting Dalam Penyusuan

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat pagi semua...Almost 11pagi...Apapun yang berlaku harini tak apa...senyum :) supaya cas negatif tak menguasai diri kita...supaya yang datang hanya cas2 positif dan perkara-perkara yang indah belaka InsyaAllah...

Cerita pasal positif...Tahukah anda POSITIF adalah kunci penting dalam perjalanan penyusuan???? Yup, itu yang I pegang sejak dari mula Aleesya lahir dan sampailah sekarang menyusukan Umar...Seperti post I sebelum ini, sama sekali I tak pernah fikir susu  akan kering, susu  tak ada...keep beri baby menyusu, keep pumping dengan konsisten.I PERCAYA susu tetap ada untuk anak I. Macam apa yang mentor2 I pesan apa yang kita fikir itulah akan terjadi sbb kita kita asyik fikir bende tu je dan Allah mengikut sangkaan hambaNya...So, berhati-hati dengan apa yang anda fikir dan sangkakan!

Pernah juga yang mengadu pada I risau susu tak cukup untuk baby so topup susu formula...Jangan! Ia mengundang kepada kemeruduman susu yang amat teruk suatu ketika nanti atau tidak lama lagi. Jangan sesekali fikir susu tak cukup...Allah dah sediakan cukup dah utk setiap anak yang lahir kecuali atas masalah kesihatan yang lainlah...Berbalik kepada konsep demand vs supply...semakin kerap bayi disusukan dan proses stimulation seperti pumping dilakukan akan semakin banyaklah susu akan terhasil..

So, jangan give up! Bayi menangis itu normal ok..Bak kate nurse masa datang melawat, sebab die normal lah die menangis...Anak I Umar memang dari dalam pantang kuat menangis, celik mata nangis..sampai ingat die kene sawan tangis bagai...Bila tidur elok je lama, bermakna die kenyang.. Badan naik mendadak Alhamdulillah, bermakna die cukup susu...Tapi, die memang berbeza dengan kakak..manja, perlu perhatian lebih, tak boleh kene tinggal, kalau boleh nak melekap je...So, I buat kesimpulan itu memang sifat dia, setiap anak dilahirkan berbeza perangai.Itu kita kene terima hakikat.

Enjoy masa dia masih baby, masa kita masih boleh dukung dia, boleh peluk cium dia, masa dia nak berkepit dengan kita..Itu semua anugerah dan nikmat yang tidak ternilai.

Dari situ I belajar bayi menangis bukan sahaja sebab die lapar, tapi banyak sebab lain yang korang boleh google. Nanti ada masa I buat research I tepek sini k ;). Berbalik pada cerita tadi, once u dah campur baby dengan susu formula, u dah miss beberapa jam sesi direct breastfeed dengan baby..juga mungkin u dah takde mood nak pam, as u fikir susu u tak ada..sedangkan untuk pengeluaran susu yang banyak u perlu beri baby menyusu 2-3 jam sekali termasuk juga sesi mengepam, barulah susu tak merudum dan semakin hari semakin banyak bukannya semakin sikit...takde istilah baby makin besar susu makin sikit...no no no!

Selagi u bagi selagi tu InsyaAllah susu u akan banyak. Trust me!

So, please...fahami konsep penyusuan..Banyakkan doa doa dan doa..Zikir Ya Matin untuk banyakkan susu.Fikir yang baik-baik maka yang baik-baik akan datang dalam diri u..InsyaAllah..Allahumma Amenn..

Ok, I nak out dulu...sesi pumping kedua dah tiba hehehe...I'll be back with more tips :) Oh ya, jangan lupa telan terus ALFALFA 3 biji selepas pumping k ;)

****layan gambar Umar yang manja hehe

Wallahua'lam.

Ur SID
Norly
017-2387283

Bakar Lemak Di Musim Raya dengan OMEGA GUARD

Assalamualaikum w.b.t...

Musim raya, open house sana-sini, makan itu ini, memang tak beragaklah...Kalau ade 10 jenis makanan atas meja pun semua nak rasa kan hehehe...Itu memang lumrah manusia macam tu...Cuma berhati-hati. Apa pun yg kita ambil kene bersederhana.

Tapi, paling ditakuti...Berat makin naik!!!! Takut tak guna juga tanpa tindakan..Kalau saya musim-musim macam ni terutamanya memang saya wajibkan ambil Omega Guard. Sehari wajib telan 3 biji.

Kenapa?????
Sebab Omega Guard akan membakar lemak di dalam badan kita.

Bagaimana???
1. Ia boleh mengawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah.
2. Dalam satu study di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengamalkan omega 3 lebih banyak membakar lemak daripada mereka yang bersenam tanpa mengambil asid lemak omega 3. Menarik bukan? Tips menarikkan?
3. Ia meninggikan paras leptin yang mana akan membuatkan selera makan berkurangan.

So, lepas jalan raya , makan-makan terus telan Omega Guard! :)

Wallahua'lam

Hubungi saya untuk tempahan
Ur SID
Norly
017-2387283


Tuesday 12 August 2014

Jangan Abaikan Suplemen Wahai Breastfeeding Mommies!

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pagi Malaysia...
Hari yang indah InsyaAllah...Pagi-pagi bangun tidur breast terlampau bengkak, bukanlah sebab umar tak minum malamnya tapi I rasa I tahu sebab apa...
Sebelum tidur, telan telur ayam kampung setengah masak yang MIL bawak dari kampung, then susu Anlene secawan, then B complex sebiji..
Paginya, Nah! Terus cepat-cepat pam dan as usual dapat 10oz sekali Alhamdulillah, sebabkan dah kesuntukan masa nak ke opis so terpaksa stop, kalau teruskan lagi mau 15-20oz boleh dapat.

Nak ceritakan kat sini, perkara pertama dalam penyusuan haruskan sesi direct feeding on demand dan sesi pumping yang konsisten dan keduanya yg juga sangat-sangat penting adalah makanan yang berkhasiat dan membantu badan anda lebih sihat dan bertenaga untuk menghasilkan susu yg banyak dan berkualiti. Jangan ingat makanan yang berkhasiat tu tak penting ye. Sebabnya apa yag kita makan akan disalurkan kepada anak kita di dalam susu ibu. So, boleh bayangkan kalau ibu tu jenis memang suka makan benda merapu je, tak ke kesian ke anak.Jika kita makan yang baik-baik, cukup semua keperluan vitamin dalam badan dan seimbang InsyaAllah anak yg menyusu juga dapat susu yang berkhasiat utk tumbesaran mereka.

Mungkin ada yang cakap, ''I tak makan suplemen pun tapi anak I ok je montok" . Ye betul, tapi how about your body. Kalau diizinkan kita bukan sahaja nak tengok anak kita masa die kecik. kalau boleh kita nak sentiasa sihat supaya kita boleh tengok die sampai die besar dan berjaya betul tak? So, jaga diri kita untuk kita jaga orang lain juga.

Ibu menyusu perlu lebih nutrisi dari wanita biasa..I pam sehari 4 kali dan purata setiap kali mengepam katalah 5oz, balik pulak baby menyusu direct lagi dan I memang jenis makan tak lah boleh sumbat banyak-banyak.Dah kenyang tu dahlah. So, can u imagine cukupkah nutrisi untuk badan I setiap hari kalau I tak ambik makanan tambahan??? Setiap hari ok, makan dengan seimbang dan cukup. Rasanya boleh ke? Nak jaga anak-anak, nak uruskan rumah, kadang-kadang sorang-sorang sebab suami I kerja shift. Mana nak dapat tenaga kalau hanya bergantung pada apa yg I makan je.Dapat pulak kalau suami kerja, bila umar asyik menangis, paling cepat sempat goreng telur makan dengan kicap.

Atas kesedaran tu I start ambil suplemen, anak-anak perlukan I, suami perlukan I, I perlu kuat, perlu sentiasa bertenaga untuk terus menjaga mereka. I perlu terus sihat dan gembira untuk menggembirakan mereka. Kalau I tak sihat, lembik, lemah...mampukan I memberikan senyuman lagi sepanjang masa.

Atas kesedaran tu juga I mulakan bisnes Shaklee. Dengan harapan satu hari I boleh jaga mereka sepanjang masa. Boleh tengok mereka membesar depan mata sendiri InsyaAllah!

So, please ibu-ibu. Sila jaga kesihatan anda dari sekarang. Dulu I pun tak mampu nak beli vitamin semua tu. Tapi lepas bisnes ni Alhamdulillah, vitamin tu semua FREE! Bonus Shaklee lebih dari vitamin-vitamin tu Alhamdulillah. Nak seribu daya kan. Yang penting push factor kene kuat. Push Factor I anak-anak I! Mereka NYAWA I!Mereka amanah dari Allah untuk I dan suami.

Sekian dulu celoteh pagi ni ;)

Moh sesape nak order Suplemen Menyusu roger k ;)

Ur SID
017-2387283

Wallahua'lam

Sunday 10 August 2014

Thank you Performance Drink!

Assalamualaikum w.b.t…

Still on Raya mood hehehe…Alhamdulillah walau tahun ni busy dengan 2 anak pulak tapi still boleh jamu sikit untuk family dan kawan-kawan yang dating beraya…Anak-anak pun behave, Alhamdulillah…
Penat, tapi puas ;) Energy perlu cukuplah kan kalau tak mak tak laratlah nak tidur pukul 2 pagi buat preparation dan kemas rumah semua…

Malam Sabtu lepas dah pukul 11.30 malam, si umar baru tidur…Adalah jugak sesekali die akan tidur lewat maka lewatkan semua kerja I dimulakan…Mata dah memang berat tak tau nak cerita…Si kakak semestinya belum tidurlah selagi I tak tidur…Gagahkan jugak bangun capai Performance Drink letak 2 sudu bancuh-bancuh minum dengan air sejuk…perghhh lega..segar rase…tetiba…
‘’Ummi caca nak rase sikit air ummi’’
‘’Errrkkk…ermm ok tapi jangan banyak2 tau’’ hehe sebenarnye takut die terlebih energy dan lagi tak nak tidur…

Bila mata dah segar balik, energy dah kembali mulalah proses mengemas bilik yang sekatil dengan baju huhuhu…Kesnye sebab mak I nak datang, kebetulan bilik tu memang bilik tetamu, nak tak nak kene kemas jugaklah hahaha…dengan bantuan sorang assistant so lambatlah sikit kerjanya, bukan lagi cepat sebab kene layan potpet makcik kecik tu sekali plus die nak tolong melipat sekali…

Around 1.30 pagi baru siap semua…Aleesya pun pengsan pukul 1.30 tu jugak. Thank you Performance Drink. You help me a lot! ;)

Terima kasih Allah atas nikmat yang tidak ternilai ini...

Wallahua'alam



Tuesday 5 August 2014

Yes U Can!

Assalamualaikum w.bt...

Pagi yang agak busy dengan urusan perpindahan office bulan Ogos ni. Belum sempat lagi telan apa-apa suplemen. Ambik semua lepas lunch lah nampaknye InsyaAllah...But still selesai satu pumping session pagi tadi dgn 5oz sekali pam Alhamdulillah.

Yang penting mesti sarapan sebelum mengepam. Kalau berpuasa mesti bersahur. Kalau dah bz sangat tak sempat nak makan ape-ape bagai just shake ESP + Milo atau apa-apa yang yang korang suka then minum pepagi. InsyaAllah kenyang sampai tengahari. Susu pun meriah lepas tu InsyaAllah.
 Tak percaya??? Ce cuba...

Tapi, sebelum tu pastikanlah anda seorang yang tidak culas mengepam dan sentiasa direct breastfeed ketika bersama baby. Kalau langsung tak pam, bagi baby minum direct pun malas pastu jangan tanye I, ''kak tak keluar pun susu''...adoi...!

So, please..please...kuatkan semangat jika inginkan sesuatu,
 itu kunci saya!

Oklah need to go now...

Kita sambung lagi dengan more and more tips jika panjang umur InsyaAllah.

Wallahualam...

Ur SID
017-2387283

Selamat Hari Raya!!!

Assalamualaikum w.b.t

Fuhh..fuhh...berhabuk dah blog ni hehe...

Selesai sudah Ramadhan selama sebulan, pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah sebulan lebih blog ni tak berupdate...busy kesana sini, bulan puasa angkut anak-anak sebulan ke opis, balik masak urusan rumah itu ini tup tup dah raya! Moga-moga bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang Ameennn...

Sebulan jugak full time breastfeed baby Umar secara direct. Sesi pam ku pun hancus.Tapi I tetap mengepam ok! At least kalau terlalu tak sempat sangat sehari sekali mesti pam jugak.

Alhamdulillah walaupun letih lesu tak tau nak cakap tapi masih diberikan kudrat untuk meneruskan tanngungjawab sebagai anak, isteri dan ibu. Makanan rohani penguat semangat disamping makanan fizikal perlu sentiasa seimbang. Vitamin memang I tak tinggal langsung. Vita Lea, Vita C, Viitamin B, ESP, Ostematrix, Alfalfa memang sume ambik. Nak bagi terus ada tenaga , sihat dan ceria nak laksanakan tanggungjawab dan beribadah.

Bulan puasa haritu I dan husband pastilah add on Performance Drink. 2 tong terus order special untuk bulan puasa.Alhamdulillah, Great! Memang husband pun sangat teruja dan suka sesangat. Dia cakap Performance Drink buat rasa tak letih, tak ngantuk, tak haus, Alhamdulillah.

Kebetulan adik I yang kembar pun breastfeed, so diorang pun order setong sorang. Alih-alih tengah2 bulan puasa repeat order lagi setong sorang. Diorang pun cakap, Alhamdulillah rasa tak letih kali ni puasa, sampai petang walaupun breastfeed badan tak lembik susu pun masih banyak.

I pun rasa macam tu. Ingat lagi masa menyusukan Isya bulan puasa. Memang rase macam nak bukak puasa dan menjelang petang tu. Susu pun makin petang makin nak kering. Tapi kali ni syukur, petang pun susu masih memancut ;)

Itulah cerita kami-kami bersama Performance Drink di bulan puasa lepas. Saya happy bila semua orang yang saya sayang pun happy :)

Performance Drink bukan tuk bulan puasa je. Bila-bila pun boleh minum.
Meh contact I sape nak k :)
UR SID
Norly
017-2387283

***saya akhiri dengan gambar anak-anak I dan anak buah I sebagai hiasan hehe

Wallahualam
Umar yang dah pandai berdiri meniti-niti
Aleesya dan anak buah I Adelia yang dah pandai melaram