Tuesday 30 September 2014

Hadapi Dengan Senyuman

Bismillahirrahmanirrahim...

Hadapi Dengan Senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi....
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua...Kan baik baik saja

Bila Ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

by: Dewa 19

Sunday 28 September 2014

Konsisten Dalam Dunia Penyusuan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t...

Sejak mula menyusukan Aleesya, sejak itu juga mula bisnes Shaklee, sejak tu jugak i belajar konsisten adalah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Nak hasil yang konsisten usaha pun perlu konsisten.

Dalam penyusuan contohnya, konsisten dalam jadual pumping, kalau harini buat esok tak buat , susu pun malu-malu nak keluar.Kita pun tak bersungguh, macamana susu nak bersungguh keluar.Kalau usaha kita tak sungguh-sungguh bagaimana Allah nak tolong kita sungguh-sungguh kan.Mudah je konsepnya! 



Jika anda mahu anda pasti akan lakukannya. Buang segala alasan, buang segala rasa malas. Rasa penat pun tak ada dah kalau kita punya impian yang jelasss. 

Itu yang terjadi masa menyusukan Aleesya. First time menyusukan anak, tak tau pulak kalau time nak period susu merudum. Tak tau jugak kalau skip pumping susu akan merajuk. Risau dan runsing.Tapi sebab percaya dengan apa yang saya belajar dan baca, dari situ saya gagahkan diri jugak. Bangun pukul 2-3 pagi buat power pumping, buat sesi tendem, pam lebihan susu selepas baby menyusu supaya breast betul-betul kosong dan supaya susu lain akan di bekalkan dengan lebih banyak.Mengepam sehingga 6kali sehari walaupun baby menyusu dan Alhamdulillah tak lama pun , susu kembali meriah dengan banyaknya.

Yang penting Positif! Percaya pada rezeki Allah. Anda usaha anda dapat InsyaAllah...

Sama juga dalam dunia perniagaan. Cepat atau lambat untuk kepuncak bukan ukuran utama. Yang paling penting adalah konsisten dan jangan cepat mengalah. Kejayaan tak datang bergolek. I pegang tu. Jangan ceritakan kepayahan sehingga anda berjaya kelak. 

Yang i tahu Allah mendengar doa hambaNya. Allah tahu apa yang kita usahakan. Allah juga tahu apa yang kita inginkan malah apa sahaja yang terdetik dalam hati kita. 

Cepat atau lambat jangan dipersoalkan. Dia lebih tahu bila waktunya doa kita akan diperkenankan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa jua yang tidak kita ketahui.

Oleh itu, jangan takut untuk memulakan langkah pertama. 
Takut untuk menyusukan. Kenapa??? anak belum keluar dah start fikir risaulah susu takda, risau susu tak cukup. Oh sedih! Risau kepada perkara yang belum pun dilalui. 

Belum memulakan langkah pertama dalam perniagaan dah cakap, senang ke dapat sale, boleh berjaya ke? Itu belum cuba lagi dah ragu-ragu. Allah pun ragu-ragu nak beri ke tak.

Itulah kisahnya. I juga masih belajar dan bertatih. Sedang menyusukan anak kedua dan i masih belajar dan banyak membaca supaya kita boleh lakukan dengan baik dan membimbing orang lain juga. Sharing is Caring!

Sehingga bertemu lagi di lain entry!

Ur Shaklee Independent Distrubutor
Norly
017-2387283


Saturday 27 September 2014

Ada apa dengan OMEGA GUARD?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah baru lepas telan 2 biji Omega Guard. Ramainyelah yang tak tahu apalah yang bagus sangat Omega Guard ni. Kalaulah semua orang tahu mesti semua orang tak kan miss Omega Guard die setiap hari.

Pertamanya nak share differences ni...Bukan kondem bnarnd lain tapi boleh nampak kan perbezaannya...Salah satu sebab mengapa anda perlu membuat pilihan yang tepat dan terbaik.



Selain itu....


Apa kebaikan OMEGA GUARD kepada kita???

1. Untuk kanak-kanak boleh diberikan dari umur 1 tahun keatas. Cuma dosnya berbeza. Untuk kanak-kanak hanya perlu diberikan 1-2 biji sahaja dalam seminggu. Boleh dicampur di dalam susu atau makanannya. Mengapa ia baik untuk kanak-kanak?



2. Omega Guard juga baik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Mengapa???


 3. Selain itu juga Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard sangat baik untuk memelihara jantung anda dengan mengawal tekanan darah serta mengawal paras kolesterol  dalam badan anda


4. Omega Guard juga popular dikalangan mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan kerana Omega mempercepatkan penurunan berat badan dengan membakar lemak dengan lebih berkesan.

5. Seterusnya, Omega Guard mengurangkan radang sendi. Kalau i, i memang bekalkan tuk pak mertua sebab dia ada Gout. So, suruh dia amalkan Omega Guard bagi kurangkan sikit keradangan akibat gout tu.

Best tak OMEGA GUARD? Banyak lagi kebaikan yang belum i story. Nanti i story details k. Kita jumpa di lain entry.

Sape belum ada OMEGA GUARD kat dapur tu, baik order cepat. 1 famili boleh makan tau...hehehe

Wallahu'alam

Ur SID
Norly
017-2387283

Wednesday 24 September 2014

Mengapa Meal Shakes???

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Tak tau lah tersalah makan apa, alergik pun naik. Ubat yang ada cuma yang mengantuk. Telan jelah. Dan sekarang sangat mengantuk ok. Sudah 12 malam pun.

Tapi tetap nak share jugak mengapa anda sangat-sangat digalakkan untuk memiliki MEAL SHAKES untuk seisi keluarga terutamanya KANAK-KANAK.

Tak mau cite panjang-panjang...Meh tengok ni!

 Selain itu......


Dan lagi mengapa anda perlu sangat-sangat Meal Shakes ni....


Done! Menarikkan! Anak i Aleesya memang penggemar Meal Shakes. Susu dia setiap pagi perlu bancuh dengan sesudu Meal Shakes dan Alhamdulillah selera makan bertambah dan imunisasi badannya semakin meningkat. I adalah sangat happy, Alhamdulillah...

Dan.....


 Wallahu'alam


MEAL SHAKES!
BUY 3 FREE 1
Hubungi saya untuk tempahan dan maklumat lanjut
Norly
017-2387283

Sunday 21 September 2014

Vita-Lea Kesayangan Saya

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Memang sungguh , tak tipu, i start all my work at 12. Kemas rumah, siapkan kelengkapan anak-anak untuk esoknya dan update blog, fb, fanpage, ig, check report card anak-anak bisnes..semuanya selepas 12 malam. Sebab...anak-anak i memang tidur 11.30 ke atas. So, apapun i kene berkorban.

Kekuatan i adalah impian i. Tanpa impian hidup terasa seperti tiada arah.

Tak nak cite pasal impian malam ni. nak cita apa yang membantu i untuk stay up hampir setiap hari.

Rasanya i tak pernah cerita lagi pasal kesayangan i yang satu ni. Sejak dari menyusukan Aleesya sampailah sekarang, ia salah satu antara yang lain yang sentiasa menemani i..peeeeweettt...!

Dialah VITA-LEA!!!

Ia dirumus khas dengan IRON FORMULA untuk melengakapkan keperluan iron di dalam badan kita. Ia memberi tenaga segera kepada badan kita.

Sangat-sangat berbeza bila hari yang ambil Vita-Lea dengan hari yang terlupa ambil. Masa mengandungkan Aleesya i memang mengalami anemia. Macam-macam lah pil klinik bagi tapi sama je. Dah nak bersalin baru HB naik.

Tapi, Alhamdulillah, mengandungkan umar i memang fully amalkan SUPLEMEN MENGANDUNG SHAKLEE. So, i makan 2 biji Vita-Lea setiap hari tanpa apa-apa suplemen iron yang lain dan Alhamdulillah start dari first checkup sampai bersalin HB i normal. Takda lagi anemia macam masa first pregnancy. Dan yang paling best rasa lebih bertenaga dan cergas walaupun sedang mengandung dan menjaga anak pertama.

Best! Memang best. Sampai sekarang Vita-Lea terus membantu i dalam menyusukan umar supaya badan sentiasa bertenaga melakukan aktiviti harian dan cukup nutrisi untuk menyalurkan susu yang berkualiti untuk anak tersayang. Kita boleh jamin ke apa yang kita makan setiap hari betul-betul lengkap dan seimbang? tentu sekalilah tak kan. So, Vita-Lea membantu anda memenuhi mana-mana ruang nutrisi yang lompong di dalam badan anda.

Rugi u sapa tak makan Vita-Lea dari sekarang. Nenek i pun makan Vita-Lea tak miss tau :)

So sapa yang nak boleh roger i k ;) 

Layan gambar Aleesya, Umar dan my niece Adelia. Malam ni i jaga 3 budak sekali sorang-sorang ok. Fuh fuh! Ala-ala berlatih anak tiga hahaha..1.15 pagi sudah. mata dah layu. jumpa lagi di lain entry.  Ok bai!


Wallahu'alam


I'm Ur Shaklee Independent Distributor
Norly 
017-2387283

Saturday 20 September 2014

Positif Membawa Kejayaan

Bismillahirrahmanirrhim

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, selesai melawat rumah mak ayah dekat kampung siang tadi sementara mak ayah menunaikan haji. Tak tidur sanalah sebab tak ramai balik. Kalau mak ayah ada Jumaat malam lagi memang dah sampai dah memasing dengan berbondong-bondong barang sebab nak dapatkan 2 malam kat kampung hehehe..

Rindu mengusik jiwa....

Mak, ayah dan adik i lai

Semoga mak ayah diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam menunaikan ibadah kepada Allah di Tanah Suci Mekah. Serta mendapat haji yang mabrur...Ameenn..

Positif adalah yang terbaik. Fikirkan yang baik-baik dan InsyaAllah yang baik-baiklah akan datang. Allah mengikut setiap sangkaan hambaNya. So, jom terus bersangka baik dengan Allah. Moga Allah lindungi insan yang sangat i sayang Ameen..

Cerita pasal positif. Apapun yang kita nak lakukan perlu positif yang kita boleh lakukan, kita mampu lakukan. Dengan itu cas-cas positif akan datang pada kita.

Sama je samada dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan. Dalam bisnes atau dalam kerjaya kita. Termasuklah dalam apa jua impian kita. Dari sekecil-kecil impian hingga kebesar-besar impian.

Antara impian i yang terdekat, i akan menyusukan umar dengan susu ibu sahaja sehingga 2 tahun. I yakin i boleh lakukannya. Bila kita yakin seluruh badan kita akan terus berusaha kepada matlamat itu. Allah akan membantu kita jika kita betul-betul bersungguh untuk melakukannya.

Alhamdulillah umar dah nak masuk 11 bulan. Semoga umar terus menyusu dengan susu ibu sehingga 2tahun InsyaAllah. I memang sering tekankan pada setiap customer i, dalam penyusuan positif adalah sangat penting. i tak pernah fikirpun susu akan kering, susu tak cukup, baby tak kenyang. Jika itu yang anda fikir itulah yang anda dapat. So, beware! Anda semua mampu merubah keadaan dengan keyakinan dan usaha yang bersungguh-sungguh!

Teruskan menghadirkan cas-cas positif dalam diri kita, InsyaAllah hidup kita akan lebih ceria dan kejayaan menanti kita dihadapan.


Wallahua'alam

Thursday 18 September 2014

My Energy Booster

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

12.50am..Aleesya baru je tidur...Dia memang dari kecik macam ni...Dari baby memang waktu tidur die around pukul 12am - 1am...jadi dengan itu dari die lahirlah i tak penah kenal erti tidur awal...Selagi ummi masih bernafas dan diberikan Allah kekuatan ummi akan berkorban apa sahaja InsyaAllah...Moga Aleesya jadi anak yang solehah dan mendengar kata Ameennn...



Asyik amik gambar adik so die suruh ambik gambar die pulak :p


Cuti hari Malaysia pi cari baju Princess Elsa yang die dah lama nak. Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak...Yeayyy! She was soooo happy...Tiap kali bukak lagu cite Frozen tu mesti nak pakai baju ni hehe

Umar pun malam ni tidur lewat..Sebabnya senja tadi dah tidur...Sempat ummi mandi dan solat maghrib tanpa umar duk gayut kat kaki hehehe...Tapi....akibatnya die tidur balik memang lewatlah kan....nak dekat pukul 12 malam lah baru tidur balik...

Bangun tidur senja tadi lapar...ummi plak dah siapkan bubur utk anak-anak kesayangan...kesnya kakak banyak kali suh buat bubur nasi mcm bubur nasi knor (pengaruh iklah sangat ok!)...So, ummi campak lah daging, ayam, brokoli, carrot, daun sup dalam bubur...Done! Alhamdulillah Umar makan banyak malam ni...moga seleranya kembali seperti biasa lepas demam ni.


Kenyang perut suka hati, lepas tu mulalah aktiviti bermain dengan secargas-cargasnya...Tak perasan bila die jatuh...kakak tegur pipi adik merah...see, adik cedera...kesian adik... :(
Ummi letak Aloe vera..mintak adik ipar hantar yang mil tanam kat umah..hopefully cepatlah hilang kesannya...

Ummi macam biasa lepas umar tidur baru nak solat, buat kerja rumah, dan ni duk update blog hehe...i start kerja rumah at 12am ok! huhuhu...takpa ummi kan kuat ;) 

ummi minum ESP shake dengan Ovaltine dengan air sejuk....Yummmy memang lazat, mengenyangkan dan memberi tenaga disaat badan sudah lesu....Minum pagi-pagi lagi i suka...sebab kenyang lama, badan rasa bertenaga dan cergas..


Selain minum ESP dalam usaha untuk menjaga kulit...inilah Energy Booster i...juga Milk Booster i..:) Cuba sekali pasti nak lagi , dan lagi dan lagi dan lagi.....I loved it!

Oklah, mata pun dah layu...hampir 2am...

Sape2 nak Energy Booster macam i ..sila roger k ;)

Ur SID
norly
017-2387283


Wednesday 17 September 2014

Kecantikan Kulit Memberikan Keyakinan Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Penting ke jaga kulit??? Ada yang tak pernah ambil kira apa yang dimakan dan apa yang di pakai untuk menjaga kulit. I lah tu satu masa dulu. Zaman remaja-remaja, dengan budget takda, masa pun takda, setakat basuh dengan pencuci lepas tu dah.

Now, sekarang sedikit menyesal. Bukanlah teruk sangat kulit i ni tapi sebab ada nampak jeragat skit timbul tu yang rasa obses nak hapuskan cepat jeragat ni. Satu lagi , masalah ni timbul semasa mengandungkan kan 2 anak dulu i memang tak suka dan malas jaga muka, paling rajin tulah cuci dengan cleanser je..huh teruk...sekarang kelam kabut jaga balik kulit...

Macam entry i sebelum ni, buat masa ni hari2 i memang tepek muka dengan masker ESP+Limau Nipis. Best! rasa segar dan lembut kulit lepas tu.

ESP bukan sahaja untuk buat masker k. Tapi untuk diminum juga. Adik-adik i yang lepas bersalin pun dapat rasa kelainan pada kulit lepas ambik ESP. Kawan-kawan tegur kulit diorang flawless, glowing, nampak segar.

ESP memang i HIGHLY RECOMMENDED pasa sesape yang nak dapatkan kulit yang gebu dan cantik.



Selain tu antara suplemen yang patut anda ambil untuk menjaga KULIT adalah:

Vitamin C

Membentuk Kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
Mencantikkan Kulit – Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.


Vitamin E

Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
Membaiki Parut – Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka unutk mengurangkan kesan parut.

Vitamin B Complex

B complex shaklee lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi ialah Asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah.
Selain itu, ia mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan. Nak nampak cantik kita tak bolehlah stress. Bila stress kita akan lebih cepat nampak tua dan kulit muka pun lesu dan tak bermaya.

So , jom kita jaga kulit. Selain pakai apa-apa yg luaran , rawatan dari dalam melalui pemakanan juga sangat penting k :)

Sekian, anak i dah bangun huhu

kita sambung cerita cantik dilain entry ya :)

ur SID
norly
017-2387283

Sunday 14 September 2014

Pentingnya Jadual Pumping Yang Konsisten

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t....

Apapun yang kita lakukan jika mahukan hasil yang memberangsangkan haruslah dengan usaha yang konsisten. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Sama juga kesnya dalam dunia penyusuan. Fahami dahulu konsep penyusuan dan apply di dalam aktiviti harian. Semakin banyak susu dikeluarkan/diperlukan semakin banyaklah susu akan dibekalkan lagi. 


Bagaimana nak meningkatkan keperluan supaya lebih banyak???? Bila bersama baby kerap memberi baby susu selagi mana dan selama mana dia perlukan. Dan bila tidak bersama baby seperti pergi bekerja atau baby tidur terlalu lama, lakukan sesi pumping supaya breast tidak membengkak dan menyimpan susu terlalu lama di dalam breast.


Jika , susu terlalu lama dibiarkan di dalam breast ia akan memberi signal ke otak bahawa keperluan susu telah berkurangan dan secara automatik bekalan susu juga akan dikurangkan. Oh, mesti tak nak kan!

Jadual pam yang konsisten adalah amat penting terutama bagi ibu-ibu yang bekerja. Sebaiknya waktu pumping adalah tetap atau lebih kurang sama setiap hari. Contohnya, kalau hari ni waktu mengepam adalah 11 pagi sebaiknya waktu mengepam esok juga adalah 11 pagi ke 12 tengahari dan bukannya 2 petang. 

Dan lagi jika hari ini mengepam 3 kali jangan pula esok hanya mengepam 1-2 kali sahaja. Sebaiknya, pam mengikut jadual yang sama setiap hari. Percayalah, ia akan merangsang kepada pengeluaran susu yang banyak dan sentiasa cukup untuk anak anda.


Jangan biarkan signal di hantar ke otak anda bahawa anda sudah kurang memerlukan susu. Kepada yang sudah terlanjur, anda belum terlambat. Mulakannya sekarang. InsyaAllah susu anda akan kembali meriah. Jangan putus asa, kekal positif dan yakin pada yang Maha Kuasa. Allah yang memberikan rezeki susu itu kepada kita untuk anak kita. Berdoalah dan mintalah padaNya.

Konsep Demand vs Supply perlu difahami. 


Semakin banyak permintaan semakin banyaklah pengeluaran.

Sekian untuk malam ini.

Happy Breastfeed Mommies!

Wallaua'alam





Petua Hilangkan Jeragat dengan ESP

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t...

Hmmm...sekarang i musim bermasker...ada jeragat skit timbul gara-gara masa mengandungkan umar sangattt lah malas nak jaga muka...so, sekarang obses nak buang jeragat kat muka ni dengan cara yang natural , tak pakai apa-apa bahan kimia tapi pakai bahan yg semulajadi...

Cara-caranya :

Perah kan sedikit limau nipis kedalam ESP dalam 1/4 sudu seperti dibawah


Kemudian, gaul rata sehingga membentuk seperti pes


Bila sudah membentuk pes, sapukan pada muka sebagai masker. Biar sehingga kering dan kemudian bilas dengan bersih dengan air.

Suku sudu ESP tu pun boleh buat sampai 3x masker tau.Jimat!!!hehehe

I suka buat masker masa umar dah tidur. tak kira lah siang ke malam ke. Kalau dia jaga memang retaklah masker i hehehe

Bukan je buat masker k. ESP ni i minum jugak. sehari 1-2 sudu . Bancuh dengan Vico atau susu tepung, shake sikit memang sedap. dan bukan je utk cantikkan kulit tapi ESP i suka sebab dia boost energy dan boost milk ;)

Sebab apa ESP bagus untuk kulit anda???

1. Rahsia Awet Muda / Anti-Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuatkan otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuatkan otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ KULIT dan kelenjar. Ia membina sel-sel baru pada badan dan kulit kita. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzin dan lain-lain.

2. Rahsia Kulit Cantik dan Anjal

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Ia juga mengembalikan KEANJALAN KULIT supaya KULIT KEKAL CANTIK dan GEBU. Di samping memperkuatkan otot sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan PARUT.

3. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

Ramuan utama ESP adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah satu daripada 7 ''super-food'' yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lechitin soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lechitin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesaikan masalah keguguran rambut dan keadaan kulit yang kusam. Disamping mencegah masalah PIGMENTASI dan KULIT BERJERAGAT.

Itu baru kebaikan ESP untuk kulit ok! Nanti i akan ceritakan lagi banyakkk kebaikan ESP kepada badan kita. Tungguuuu!!!

Apa lagi dapatkan ESP anda HARI INI!



 Hubungi saya untuk keterangan lanjut dan tempahan

Ur SID
Norly
017-2387283

Wallahu'alam

Saturday 13 September 2014

Just a Reminder

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Dalam beberapa hari ini macam-macam dugaan yang melanda. Tapi percayalah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang

Percaya pada kuasa Allah. Allah sebaik-baik penolong. Mintalah apa sahaja InsyaAllah dia Maha memperkenankan.

Oklah. Sambung dilain entry.Umar dah bergaduh dengan kakaknya...huhuhu

Tuesday 9 September 2014

Sekadar Coretan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai melepaskan mak ayah ke rumah angah. Esok kami sekeluarga menyusul berkampung kat rumah angah beberapa jam sebelum hantar mak ayah ke Kelana Jaya untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah menunaikan haji. Doaku sentiasa mengiringi setiap langkah mereka supaya mereka sentiasa diberi kesihatan , kemudahan dan ketenangan dalam menunaikan ibadah di sana nanti Amennn.

Cuma bekalkan mereka dengan Performance Drink dan Omega Guard. Yang lain mak kate tak payah, semua tabung haji dah bagi. Nak bekalkan ESP mak ayah memang tak minum susu tepun. Fikir-punya fikir Ting! The best choice adalah Performance Drink. Sebab selain beri energy sepanjang hari ia juga mengelakkan badan dari terdehidrasi. Tambah-tambah dengan cuaca yang panas memang Performance Drink yang terbaik. Moga-moga ia dapat membantu memudahkan segala urusan serba sedikit InsyaAllah.

Omega Guard, ayah memang suka Omega. Setakat ni die memang tak miss bagitahu kalau Omega dia dah habis.Ayah memang ada darah tinggi sebab tu memang galakkan die ambik Omega ni.Omega jugak mengawal kolesterol dalam badan. Kolesterol yang akan jadi punca kepada pelbagai penyakit termasuk jantung. Nauzubillahiminzalik mintak dijauhkan.

Mata dah agak mengantuk. Siang tadi memang tak rehatlah. Ok layan gambar mak, ayah. adik i amirul dan umar si bam bam posing dengan suplemen atok dan wan nak bawak Mekah :)







Wallahu'alam

Sunday 7 September 2014

Oh I Need Energy!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Fuh...a hectic weekend! 2 hari pergi kenduri, sabtu bertiga je dengan mak ayah, tadi dengan husband. Balik kenduri hari Sabtu i demam. Tak tau lah letih ke ape.Tiba-tiba kepala sakit, badan panas.Husband pulak malam tu tak ada. Gagah jugak uruskan budak-budak dalam sakit-sakit. Exspecially umar yang masih kecik tu dan sangatlah tak boleh berenggang dengan i. Takpelahkan , sakit tu kifarah dosa. Redha dan sabar adalah lebih baik.

Ubat pun makan , vitamin pun makan untuk kembalikan semula energy.Malam tu umar tidur awal i pun tidur jugak. Aleesya tak tau bila datang tidur. Pukul 2.30 pagi bangun solat Isyak tengok dia dah ada tidur sebelah umar. Alhamdulillah harini dah rasa ok dan sihat.

I ni memang dah kenal trend badan ni.Kalau dah 1-2 minggu tak cukup tidur. Sebab i memang tidur pukul 1 setiap hari. Then, akan ada satu hari i akan flat. Rasa nak angkat badan pun tak mampu.So, kene hati-hati jelah sekarang ni. Dalam kita menjaga orang lain diri kita pun kene jaga juga kan.

Untuk dapatkan energy dari suplemen i suka VITA-LEA makan pagi atau lepas lunch.

Selain tu pagi-pagi memang wajib ESP secawan. B COMPLEX pun makan pepagi juga.

Tengahari letih-letih, panas-panas bancuh PERFORMANCE DRINK.

Malam sebelum tidur telan pulak OSTEMATRIX.

Semua tu memberi anda tenaga dan kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah...


Tapi jangan tiru i lah. Tidur pun kene jaga juga. Perlu cukup juga supaya esoknya kita boleh lakukan apapun aktiviti dengan baik dan tidak mengganggu kesihatan kita.

Semoga kesihatan akan lebih baik lepas ni dan mampu untuk jaga diri sendiri untuk i jaga orang-orang yang i sangat-sangat sayang. Itu doa i hari-hari :)

Ok lah, tak boleh tidur lambat-lambat (walaupun dah 12.40pm hehe) .

Gudnite!

Wallahu'alam


Thursday 4 September 2014

Cerita Malam Tadi

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Cerita malam tadi...Ermmm, lama  jugak tak order ESP...sampai-sampai je terus bukak...hurmmmm harummm hehehe...

Dan dah lama jugak lah tak minum ESP memalam...malam tadi sebelum tidur apa lagi bancuh ESP+Vico...shake..shake..shake...sambil goyang-goyang...celup roti sekeping...dan slurrpppp...memang sedapppp....lama dah terbayang-bayang...angau mcm org bercinta hehehe...

Dan jugakk....kisahnya pukul 5 pagi umar nak menyusu...tetibe rase breast sangat bengkak...bagi dulu die menyusu..tapi biasalah umar...minum sambil lelap...dah hilang lapar tu die pun berenti walhal susu ni masih bengkak lagi minta dikeluarkan...

Relax dulu..solat sunat jap dua rakaat...tak sempat solat subuh dulu terus pam sebab mmg dah rasa sakit sangat. Habis pam baru solat subuh hehehe... Dan hasilnya...

Nah!


Sebab dah letih so stop...kalau teruskan lagi mau 20oz sekali pam ni..Apapun Alhamdulillah syukurrr...Dari sejak i kenal Shaklee i memang sayang ESP ni, sebab ESP banyak bantu i dlm mendapatkan susu yg meriah, pekat dan sedap (kata umar hehehe)

Tapi, makan dan minum je pun tak cukup...Nak berjaya dalam penyusuan susu ibu perlukan semua kaedah...Direct breastfeed, sesi pumping yang konsisten, makan makanan yg berkhasiat dan seimbang, gembira, positif , rajin dan tidak putus asa.Semua kene buat tanpa rasa jemu, InsyaAllah anda akan berjaya menyusukan anak anda sehingga 2 tahun ;)

ESP Milk Booster i...Tak kira apapun Milk Booster anda konsep Demand vs Supply dalam penyusuan perlu dipegang erat-erat dan di amalkan.

Tapi, sape nak join minum Milk Booster macam i meh roger k

Ur SID
Norly
017-2387283

Wallahua'alam

Wednesday 3 September 2014

Kenangan Berpantang

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Hari yang agak meletihkan juga harini..Kehulu kehilir urusan pejabat , COD barang pada customer balik uruskan anak-anak dan now baru tidur semua.Namun ku bahagia :) Alhamdulillah...Tiada satu nikmatpun yang harus ku dustakan.

Baru tadi terkenangkan musim berpantangkan Umar Hadif. Rasanya lebih mencabar daripada berpantangkan Aleesya. Mungkin sebab dah kene uruskan dua budak sekali.Yang dua-dua juga memerlukan perhatian yang cukup.

Penat??? Tak usah cerita pasal penatlah...Mana ada ibu yang tak penat kan...Tapi itu anugerah.Tak boleh mengeluh, ramai lagi kat luar sana yang nak kan anak tapi belum ada rezeki. Oleh itu jangan mengeluh, syukurrr...

Umar memang lain dari Aleesya. Dari start minggu kedua berpantang dia memang celik mata je nangis.Sentiasa nak kene pegang. Tak mo letak. Aduh! Dengan Aleesya tengah banyak ragam, maklumlah org baru beradik, so diapun tertekanlah kasih sayang ummi dah kene kongsi hehehe

Berpantang kali kedua ni syukur dah kenal Shaklee. So, set berpantang dan menyusu Shaklee memang dah standby siap-siap.Yang lebih makan masa pregnant tu sambung makan je semua.

Alhamdulillah , memang sangat membantu dengan izin Allah.


  • Sebelum sarapan telan ZINC sebiji
  • Sarapan dengan ESP secawan dengan biskut atau roti
  • Selepas sarapan telan pulak B COMPLEX sebiji dan ALFALFA 2-3 biji
  • Selepas makan tengahari telan VITA LEA dan VITA C
  • Sebelum tidur telan dulu OSTEMATRIX 4 biji kadang-kadang ambil sekali ALFALFA 2-3 biji dan kalau terasa lapar buat ESP secawan.

Done!

Alhamdulillah, SUPERB!

Hasilnya...


  • Badan rasa lebih bertenaga dan cepat rasa sihat. 
  • Luka cepat sangat sembuh
  • Walaupun tidur hanya 3-4 jam je tapi bangun pagi senang dan segar,


  • Susu memang Alhamdulillah meriah, sampai kadang-kadang takut nak minum ESP atau makan Alfalfa sebab breast akan membengkak dengan cepat
  • Walaupun sibuk menguruskan dua anak tapi tak stress. Semuanya berjalan dengan lancar Alhamdulillah
  • Siap boleh buat bisnes lagi tau...Dan paling bangga boleh effective at rank lagi masa dalam pantang tu. Tak sangka ...tapi ia benar-benar berlaku. So , lepas pantang adalah duit shopping utk bebudak dan mak budak skit hehehe

Seronok, Bersyukur dan Bahagia. Shaklee jadi teman sejati sampailah hariini, umar pun dah masuk 10 bulan semalam dan masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya Alhamdulillah ;)

So, pada ibu-ibu di luar sana yang nak merasai pengalaman berpantang dan menyusukan dengan Shaklee, meh roger i k!

UR SID
Norly
017-2387283

Wallahua'alam

Tuesday 2 September 2014

Meal Shakes Promo Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah malam ni first time dapat bermasker bersama ESP...Hasilnya??? Belumlah nampak lagi...Tungguuuuuu....Sikit masa lagi akan ku share hasilnya..Tapi, memang rasa kulit jadi lembut dan segar...wahh hehe...

Ok tutup cerita ESP dulu...Nak cerita pasal promo bulan September ni...Bukan hanya dibulan September..tetapi hingga ke Oktober ok! Dua bulan berturut-turut ok!
Apa tu???

MEAL SHAKES!!!

Apa yang anda perlu tahu pasal Meal Shakes ni????

  • Ia mengurangkan EKZEMA
  • Ia sangat baik untuk TUMBESARAN\
  • Ia juga bagus untuk PERKEMBANGAN MINDA
  • Ia meningkatkan SELERA MAKAN anak anda
  • Ia baik untuk anak yang telah berhenti susu ibu
  • Ia membantu anak anda KEKAL AKTIF
  • Ia meningkatkan IMUNISASI badan
  • Ia meningkatkan BERAT BADAN anak anda
  • Ia membantu anak anda LEBIH FOKUS
  • Ia membantu kekerapan ATHMA
  • Ia juga mengatasi masalah SEMBELIT
  • Ia meningkatkan KECERGASAN diawal pagi jika diambil semasa sarapan
  • Ia sangat MUDAH DISEDIAKAN.Hanya dibancuh didalam susu atau dibancuh begitu sahaja


Aleesya anak pertama I memang selera naik lepas consume Meal Shakes ni. Memang Alhamdulillah tak susah nak ajak dia makan.Dan syukur dia memang sangat jarang demam atau selsema. Bagi saya ia sangat membantu saya dengan izin Allah.

So , apa kata grab terus 3 tin terus dapat FREE 1 tin...boleh buat stok dekat rumah terus..Satu rumah boleh minum...seawal 1 tahun...cuma sukatannya berbezalah k..

Hubungi saya untuk konsultansi percuma dan tempahan
Ur SID
Norly
017-2387283

****layan gambar umar bersama brokoli.budak tecik ni tak makan Meal Shakes pun sebab dia belum 1 tahun tapi die memang jenis berselera terutama makan yg advanture sikit hehe...say no pada yg lembik-lembik...hahaha...layaannnzzzz


Wallahua'alam