Wednesday 28 May 2014

Special Breastfeeding Tips

Assalamualaikum Semua....

Hidup untuk terus memberi...Harini nak share pasal tips lagi...tips untuk membanyakkan susu ibu terutama selepas melahirkan...Banyak keluhan yang saya terima seperti 'susu tak keluar', ' susu takde langsung', 'anak tak cukup susu' dan macam-macam lagi...Jika tidak ada ilmu penyusuan, sokongan orang sekeliling dan bantuan yang cukup, ramai ibu yang mengalah diperingkat awal.

Hmmmm....nak susu keluar lepas bersalin...bukan tunggu je macam tunggu air hujan...sampai kesudah tak keluar...

Stimulate...stimulate..stimulate...!

Pada awal kelahiran, terutama seawal 1 jam pertama kelahiran baby harus diberikan susu ibu...memanglah susu tak otomatik keluar banyak sebabnya pada minggu pertama kelahiran Kolostrum yang akan keluar dulu...

Kolostrum tu ape ye????

Ia cecair yg pekat berwarna kekuningan yang likat, pekat dan melekit.

Ia tidak memancut tetapi hanya meleleh keluar ke tepi puting ibu. 

Kolostrum yang diberi kepada anak yang baru dilahirkan akan membentuk lapisan di permukaan usus bayi dan bertindak mencegah sebarang jangkitan.

Kolostrum mengandungi protein yang terdiri drpd antibodi seperti imunoglobulin, terutamanya lgA yang mampu mencegah jangkitan kuman. Juga mengandungi vitamin dan faktor tumbesaran.Tanpa kolostrum bayi akan terdedah kepada jangkitan kuman dan senang mendapat alahan.

So, jangan terlepas dari memberi anak anda CECAIR EMAS YANG BERNILAI ini!

Kesimpulannya, keep beri anak menyusu, takpe kot kalau terpaksa biar dia mengempeng je buat masa ni sebab itu adalah bagus untuk merangsang susu keluar dengan lebih BANYAK.

LEBIH KERAP BAYI ANDA DISUSUKAN LEBIH BANYAK SUSU AKAN DIHASILKAN!

Take note jangan sesekali mengalah sebelum berusaha. Pemberian susu formula di awal kelahiran akan mengundang padah kepada anda yang berniat untuk menyusukan bayi secara Exclusive dengan susu ibu.

Bayi yang telah kenyang minum susu formula tidak akan kerap lagi merangsang susu ibu ...Secara teorinya, baby tu dah kenyang so bila kenyang die tidur...bila jaga bg lg susu formula, dan tidur lagi..bila masa die nak stimulate susu kita...yang sepatutnya secara lazimnya bayi yang baru lahir perlu disusukan dengan kerap, sekerap 1-2 jam sekali...Barulah susu ibu melimpah ruah InsyaAllah... 

Fahami konsep breastfeeding, positive, ceria, sihat, bertenaga , sentiasa berdoa...InsyaAllah usaha dan niat murni anda akan membuahkan kejayaan..

Feel free to contact me for more tips and BREASTFEEDING SET SHAKLEE 
017-2387283


No comments:

Post a Comment