Tuesday 27 May 2014

Tips Meningkatkan Susu Ibu dengan Power Pumping

Apa itu Power Pumping???

Merupakan satu teknik mengepam untuk menambah penghasilan susu ibu. Ianya menekankan konsep asas penyusuan iaitu "demand vs supply" di mana teknik ini meniru cara bayi menyusu dengan kerap. Secara asasnya, penghasilan susu ibu bertambah apabila permintaan meningkat.

Siapa yang Perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menambah atau meningkatkan penghasilan susu terutama apabila susu semakin kurang akibat dari perubahan hormon, datang bulan, bayi kurang menyusu dan ibu sendiri sudah mula kurang mengepam
2. Power pumping juga dilakukan oleh ibu yang ingin "relaktasi"iaitu menyusukan semula anak setelah berhenti seketika atas sebab tertentu
3. Wanita yang ingin menyusukan anak angkat harus melakukan power pumping di samping persediaan yang lain

Masa Yang Sesuai Nak Buat Power Pumping?

Masa yang disarankan ialah antara tengah malam iaitu dalam pukul 12.00 tgh malam atau 1.00 pagi sehingga waktu subuh. Ini kerana, hormon prolaktin amat tinggi pada waktu ini. Prolaktin merupakan hormon yang membantu penghasilan susu ibu.
Saya juga mengambil peluang masa ini untuk mendapat lebih hasil dari biasa…Memang berganda-ganda InsyaAllah!

Cara Melakukan Power Pumping?

Power pumping boleh dilakukan dengan pam manual atau elektrik. Caranya:

Single Pump
Pam sebelah kanan selama 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar lagi sebelah kanan 10 minit dan seterusnya bertukar2 sehingga cukup 1 jam. 

Double Pump
Pam selama 10 minit, rehat 10 minit, pam semula selama 10 minit dan ulangi proses tadi sehingga cukup 1 jam.

Bagaimana Teknik Power Pumping Menambah Penghasilan Susu Ibu?

Peraturan asas dalam penghasilan susu ibu ialah "demand vs supply" yakni semakin banyak permintaan, semakin banyak penawaran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, isyarat akan dihantar ke otak bahawa susu tidak mencukupi, oleh itu, otak akan menghantar arahan kepada sel2 yang menghasilkan susu supaya susu dihasilkan lebih kerap dan banyak. 

Berapa Lama Masa diambil Untuk Melihat Pertambahan Susu
Power pumping juga memerlukan sedikit masa untuk menambah penghasilan susu. Biasanya, anda akan nampak hasilnya dalam masa seminggu. Bagi ibu2 yang ingin relaktasi atau menyusukan anak angkat, masa yang diperlukan adalah lebih lama untuk melihat kesannya.

Untuk melihat keberkesanan power pumping, ibu harus konsisten melakukannya. Tidak dinafikan, ianya memenatkan apatah lagi dilakukan pada waktu tgh mlm dan awal pagi. Tetapi demi anak segalanya akan jadi mudah kan!

Jadi bagi membantu kita melaksanakan misi penyusuan susu ibu, adalah disarankan untuk mengambil supplemen. Kita taknaklah disebabkan si ibu berusaha gigih nak menyusukan bayi, tapi akibatnya ibu nampak lesu, kulit kusam, stress, tulang mereput lebih awal, gigi hilang dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

Saya cadangkan SET 3M Penyusuan Shaklee yang terdiri daripada Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.
Ia sangat membantu saya…Kini saya menyusukan pula anak kedua yang telah berusia 7 bulan..Alhamdulillah kakak yg berusia 3 tahun pun boleh minum susu ibu.

Hubungi saya untuk konsultansi penyusuan serta produk-produk Shaklee
Ur SID
017-2387283



No comments:

Post a Comment