Monday 18 August 2014

Positif Kunci Penting Dalam Penyusuan

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat pagi semua...Almost 11pagi...Apapun yang berlaku harini tak apa...senyum :) supaya cas negatif tak menguasai diri kita...supaya yang datang hanya cas2 positif dan perkara-perkara yang indah belaka InsyaAllah...

Cerita pasal positif...Tahukah anda POSITIF adalah kunci penting dalam perjalanan penyusuan???? Yup, itu yang I pegang sejak dari mula Aleesya lahir dan sampailah sekarang menyusukan Umar...Seperti post I sebelum ini, sama sekali I tak pernah fikir susu  akan kering, susu  tak ada...keep beri baby menyusu, keep pumping dengan konsisten.I PERCAYA susu tetap ada untuk anak I. Macam apa yang mentor2 I pesan apa yang kita fikir itulah akan terjadi sbb kita kita asyik fikir bende tu je dan Allah mengikut sangkaan hambaNya...So, berhati-hati dengan apa yang anda fikir dan sangkakan!

Pernah juga yang mengadu pada I risau susu tak cukup untuk baby so topup susu formula...Jangan! Ia mengundang kepada kemeruduman susu yang amat teruk suatu ketika nanti atau tidak lama lagi. Jangan sesekali fikir susu tak cukup...Allah dah sediakan cukup dah utk setiap anak yang lahir kecuali atas masalah kesihatan yang lainlah...Berbalik kepada konsep demand vs supply...semakin kerap bayi disusukan dan proses stimulation seperti pumping dilakukan akan semakin banyaklah susu akan terhasil..

So, jangan give up! Bayi menangis itu normal ok..Bak kate nurse masa datang melawat, sebab die normal lah die menangis...Anak I Umar memang dari dalam pantang kuat menangis, celik mata nangis..sampai ingat die kene sawan tangis bagai...Bila tidur elok je lama, bermakna die kenyang.. Badan naik mendadak Alhamdulillah, bermakna die cukup susu...Tapi, die memang berbeza dengan kakak..manja, perlu perhatian lebih, tak boleh kene tinggal, kalau boleh nak melekap je...So, I buat kesimpulan itu memang sifat dia, setiap anak dilahirkan berbeza perangai.Itu kita kene terima hakikat.

Enjoy masa dia masih baby, masa kita masih boleh dukung dia, boleh peluk cium dia, masa dia nak berkepit dengan kita..Itu semua anugerah dan nikmat yang tidak ternilai.

Dari situ I belajar bayi menangis bukan sahaja sebab die lapar, tapi banyak sebab lain yang korang boleh google. Nanti ada masa I buat research I tepek sini k ;). Berbalik pada cerita tadi, once u dah campur baby dengan susu formula, u dah miss beberapa jam sesi direct breastfeed dengan baby..juga mungkin u dah takde mood nak pam, as u fikir susu u tak ada..sedangkan untuk pengeluaran susu yang banyak u perlu beri baby menyusu 2-3 jam sekali termasuk juga sesi mengepam, barulah susu tak merudum dan semakin hari semakin banyak bukannya semakin sikit...takde istilah baby makin besar susu makin sikit...no no no!

Selagi u bagi selagi tu InsyaAllah susu u akan banyak. Trust me!

So, please...fahami konsep penyusuan..Banyakkan doa doa dan doa..Zikir Ya Matin untuk banyakkan susu.Fikir yang baik-baik maka yang baik-baik akan datang dalam diri u..InsyaAllah..Allahumma Amenn..

Ok, I nak out dulu...sesi pumping kedua dah tiba hehehe...I'll be back with more tips :) Oh ya, jangan lupa telan terus ALFALFA 3 biji selepas pumping k ;)

****layan gambar Umar yang manja hehe

Wallahua'lam.

Ur SID
Norly
017-2387283

No comments:

Post a Comment