Monday 6 October 2014

Meningkatkan Susu Ibu Yang Merudum

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t...

Selamat Hari Raya Aidiladha! Satu-satu nya hari raya kami semua tanpa mak ayah sebab mereka masih berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah haji. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah, Ameen.

Berbalik kepada tajuk entry harini, lately ni, exspecially sejak duduk rumah, jadual pam memang kelaut sikit sebab umar menyusu direct dan busy urusan anak-anak dan urusan rumah. Dan apa yang i perasan kadang-kadang susu sedikit merudum. Kalau pam dapat dalam 5oz je. Berbanding dulu masa still keje dan jadual pam sangat konsisten, sekali pam boleh dapat 6-10 oz atau kadang-kadang 15oz sekali. Tapi , tetap syukurr....Berapa banyak pun semua dari Allah...

Walaubagaimanapun, susu tak boleh dibiarkan terus merudum, perlu kan usaha untuk tingkatkan semula jumlah susu. Baby nak membesar perlukan susu yang cukup supaya tumbesarannya.Bagaimana caranya???


  • atur semula jadual pumping
  • perlu konsisten melakukan power pumping sehari sekali
  • jangan skip waktu makan dan makan makanan seimbang
  • jangan skip pengambilan suplemen. Antara suplemen menyusu yang i amalkan adalah VITA-LEA, B COMPLEX, VITAMIN C, ALFALFA, OSTEMATRIX DAN ESP! Kesemuanya memberi anda tenaga dan melengkapkan nutrisi di dalam badan kita supaya sentiasa sihat. Apabila badan sihat kita akan sentiasa ceria. Dan apabila kita ceria ia merangsang kepada hormon prolaktin yang akan menghasilkan susu dengan lebih banyak.
  • minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari
  • jika baby minum sebelah, kalau boleh pam sebelah lagi supaya kedua-dua breast akan kosong supaya mudah susu baru akan di topup.
  • fikir yang baik-baik dan jangan cepat mengalah. Fikir susu ada dan banyak susu akan ada dan banyak, fikir susu sikit dan kering susu akan sikit dan kering. So, beware of your mind!
  • positif dan doa,doa,doa supaya dimudahkan perjalanan menyusukan anak tersayang ;)

Itu antara tips yang i amalkan untuk terus ingin mengekalkan susu yang banyak untuk si comel. Alhamdulillah Aleesya stop breastfeed pada umur 1 tahun 9 bulan, itupun atas sebab i pregnant. umar sekarang dah 11 bulan, ada lebih kurang setahun lagi untuk menyempurnakan penyusuannya... Chaiyokkk! Moga Allah mudahkan perjalanan penyusuan untuk umar Ameen...

Ok  sekian tips untuk malam ini. Layan gambar cinta-cinta hati masa bawak diorang naik train minggu lepas. They were soo happy! :)

 Kakak excited sangat first time naik train

 Peace! 

Umar mula takut-takut lama-lama dia yang paling lasak


Wallahu'alam

Ur SID
Norly
017-2387283

***** OCTOBER PROMOTION
ESP BUY 6 FREE 1
MEAL SHAKES BUY 3 FREE 1

No comments:

Post a Comment