Thursday 16 October 2014

Help Baby!Support Breastfeeding!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t....

Waktu sekarang 11.06 malam...Banyak betul kekangan nak bersiaran sekarang...Rindu u nak update blog huhu...Sebelum ku gagahkan diri untuk bukak lappy ni...bancuh jap 

1 sudu ESP + 1 sudu susu Anlene + 1 sudu Ovaltine

Bancuh dengan air sejukkkkk...Kemudian shake...shake...and shake...Memang meleTOPPP!

Peneman setia malam ni...my lovely energy booster...my beloved milk booster :)


Ok stop melalut...Back to the topic harini..Sokongan orang sekeliling amat-amatlah penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Orang yang paling rapat mestilah suami kan..suami yang sangat perlu memahami situasi isteri yang menyusukan anakmereka. Antaranya:

1. Beri sokongan dari segi kata-kata semangat dan perangsang yang isteri mampu melakukannya
2. Sama-sama menyediakan dan mencari kelengkapan penyusuan seperti breast pump, nursing pad, cooler bag, nursing bra , nursing cover dll
3. Dengar aduan, keluhan atau kegembiraan isteri
4. Sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan terutamanya ketika isteri mengalami kemeruduman susu
5. Sama-sama mempelajari dan membaca bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan penyusuan dan susu ibu
6. Sentiasa memahami situasi isteri yang ingin menyusukan walau dimana pun berada terutama di tempat awam

Ermm...macam-macam lagilah yang tu antaranyalah...Suami i adalah sangat memahami Alhamdulillah (beranilah taknak memahami hehehe)...Sabar je dengar i membebel kalau susu merudum huhuhu...

Selain suami, ibu, ayah, ibu mertua, bapak mertua  juga adalah tunggak sokongan utama. Alhamdulillah i juga memiliki  ibu bapa dan mertua yang sangat memahami...ibu i pun bekas nurse wad bersalin, so, memang dari start baby lahir die yang tolong tunjuk ajar dan sentiasa beri nasihat dan semangat supaya terus menyusukan baby secara exclusive. Kata-kata dia tak pernah negetif. Sape cakap susu takde lepas bersalin depan die...Haip! siaplah....

Ibu mertua i pun seorang yang memahami. Dia yang jaga aleesya dan umar dari lepas pantang masa i pergi kerja. So, dari dia tak pernah handle EBM sampailah dah expert hehehe...Seorang yang sentiasa terbuka tentang apa je yang kita ajar die tentang cara nak mengendalikan EBM. Dan kalau dia tak faham dia akan terus tanya. Alhamdulillah...

Dan adik-adik i juga adalah fully support on breastfeeding. Tak kira perempuan ke lelaki ke.Berkat dari i menyusukan aleesya secara penuh adik kembar i dua-dua pun menyusukan anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya. Si Adelia dah nak masuk 2 tahun dan Amna dah  1 tahun . Masih menyusu dengan susu ibu sepenuhnya Alhamdulillah...

Kepada mereka-mereka diluar sana. Terus memberi sokongan kepada isteri, kakak, adik atau rakan-rakan anda yang ingin menyusukan anak secara eksklusif. Jangan sesekali patahkan semangat mereka. Sebab tanpa keyakinan kejayaan tak akan datang. Bantu mereka supaya mereka rasa dihargai dan usaha mereka sentiasa mendapat sokongan orang sekeliling mereka terutamanya keluarga. 

Susu ibu adalah susu terbaik untuk anak anda. Jangan lepaskan peluang ini dan tunaikan hak mereka, InsyaAllah!

Setakat ini dulu buat kali ini.

Help Babies! Support Breastfeeding!

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment