Monday 10 November 2014

Tips dan Cara Mengatasi Susu Tersumbat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Nak mengambil mood untuk menulis semula entry dah ku terdelete bukannya senang ok hehehe...demi nak share juga dengan korang-korang i type jugak balik ;) because sharing is caring...:)

Bulan ni je 2x i kene susu tersumbat ni. Puncanya, umar selsema, ada sekali die tak nak minum direct langsung, dan sekali lagi tu die minum sikit-sikit lepas tu tinggal. i plak kadang-kadang tak sempat nak pam lebihan susu lepas die menyusu. Akibatnya, bengkak dari siang sampai 1.30pagi baru ok. 

Menurut Baby Center...

''Duktus tersumbat (atau radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak diperah dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur disebabkan penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan , tisu menjadi merah, panas dan sakit"



Oleh itu, awas ye ibu-ibu ,kosongkan breast selepas bayi menyusu . Jangan biarkan breast membengkak terlalu lama. Selain mengundang kepada kemeruduman susu, anda mungkin akan mengalami Duktus Susu ini.

Ok, apa yang i buat...Bagi umar minum pada belah yang sakit lebih kerap. Tapi disebabkan hidung die tersumbat die minum kejap-kejap je.Bila masih tak berhasil, i tuam dengan air panas, lepas tu massage. Buat berulang-ulang kali. Kemudian perah perlahan-lahan menggunakan tangan. Sila jangan guna pam ye. Memang tak berhasillah dalam keadaan macam ni. Madela i pun tak membantu di kala ini hehehe...

Hampir 1.30npagi baru breast lembut. Bengkak dan biji-biji tu hilang dan pengaliran susu keluar seperti biasa. Huh lega...kalau tak rasa mcm tidur ada batu atas dada hehehe...

Tapi, paling cepat dan mujarab ialah bila baby sendiri yang hisap pada breast yang bengak dengan bersungguh-sungguh sehingga breast kosong.Tak percaya, cubaleh :)

Ibu-ibu semasa dalam pantang biasa alami duktus susu ni. Ia berlaku jika susu sedang melimpah ruah, baby belum minum sebegitu banyak dan ibu tak pam susu keluar sehingga breast kosong. Mesti tak nak kan. Sakitnya Allah je yang tahu, boleh buat demam tau. 

Selain tu, ia jugak disebabkan oleh pelekapan baby yang tidak betul. Perlu pelekapan yang betul macam gambar kat bawah ni k. Bibir atas dan bibir bawah keluar. Bayi mesti dierengkan ke arah ibu. Mulut bayi mesti memenuhi aroela ibu.



So sekarang dah tau ape nak buat kan. Relax...tarik nafas dan atasinya dengan tenang ok ;)

I juga telan Omega Guard 3 biji masa susu tersumbat ni.

Sebabnya Omega Guard melegakan keradangan yang sedang berlaku.

Dan korang boleh ambil jugak Lechitin. Tapi, masa ni Lecithin i tak dak.


Lecithin dapat menguraikan susu tersumbat pada saliran halus payudara.

InsyaAllah nak seribu daya...Yang penting jangan putus asa sebelum berusaha. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Pasti anda akan berjaya dalam perjalanan penyusuan anda, Ameenn...

Untuk tempahan 2 produk ni sila roger i ye.. I bagi konsultansi penyusuan free lagi hehehe

Ur SID
Norly
017-2387283

Wallahua'alam

No comments:

Post a Comment