Sunday 28 September 2014

Konsisten Dalam Dunia Penyusuan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t...

Sejak mula menyusukan Aleesya, sejak itu juga mula bisnes Shaklee, sejak tu jugak i belajar konsisten adalah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Nak hasil yang konsisten usaha pun perlu konsisten.

Dalam penyusuan contohnya, konsisten dalam jadual pumping, kalau harini buat esok tak buat , susu pun malu-malu nak keluar.Kita pun tak bersungguh, macamana susu nak bersungguh keluar.Kalau usaha kita tak sungguh-sungguh bagaimana Allah nak tolong kita sungguh-sungguh kan.Mudah je konsepnya! 



Jika anda mahu anda pasti akan lakukannya. Buang segala alasan, buang segala rasa malas. Rasa penat pun tak ada dah kalau kita punya impian yang jelasss. 

Itu yang terjadi masa menyusukan Aleesya. First time menyusukan anak, tak tau pulak kalau time nak period susu merudum. Tak tau jugak kalau skip pumping susu akan merajuk. Risau dan runsing.Tapi sebab percaya dengan apa yang saya belajar dan baca, dari situ saya gagahkan diri jugak. Bangun pukul 2-3 pagi buat power pumping, buat sesi tendem, pam lebihan susu selepas baby menyusu supaya breast betul-betul kosong dan supaya susu lain akan di bekalkan dengan lebih banyak.Mengepam sehingga 6kali sehari walaupun baby menyusu dan Alhamdulillah tak lama pun , susu kembali meriah dengan banyaknya.

Yang penting Positif! Percaya pada rezeki Allah. Anda usaha anda dapat InsyaAllah...

Sama juga dalam dunia perniagaan. Cepat atau lambat untuk kepuncak bukan ukuran utama. Yang paling penting adalah konsisten dan jangan cepat mengalah. Kejayaan tak datang bergolek. I pegang tu. Jangan ceritakan kepayahan sehingga anda berjaya kelak. 

Yang i tahu Allah mendengar doa hambaNya. Allah tahu apa yang kita usahakan. Allah juga tahu apa yang kita inginkan malah apa sahaja yang terdetik dalam hati kita. 

Cepat atau lambat jangan dipersoalkan. Dia lebih tahu bila waktunya doa kita akan diperkenankan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa jua yang tidak kita ketahui.

Oleh itu, jangan takut untuk memulakan langkah pertama. 
Takut untuk menyusukan. Kenapa??? anak belum keluar dah start fikir risaulah susu takda, risau susu tak cukup. Oh sedih! Risau kepada perkara yang belum pun dilalui. 

Belum memulakan langkah pertama dalam perniagaan dah cakap, senang ke dapat sale, boleh berjaya ke? Itu belum cuba lagi dah ragu-ragu. Allah pun ragu-ragu nak beri ke tak.

Itulah kisahnya. I juga masih belajar dan bertatih. Sedang menyusukan anak kedua dan i masih belajar dan banyak membaca supaya kita boleh lakukan dengan baik dan membimbing orang lain juga. Sharing is Caring!

Sehingga bertemu lagi di lain entry!

Ur Shaklee Independent Distrubutor
Norly
017-2387283


No comments:

Post a Comment